Pertama Digital jalin kerjasama dengan 2 pelabur baharu untuk bank digital | DagangNews Skip to main content

Pertama Digital jalin kerjasama dengan 2 pelabur baharu untuk bank digital

 

 

KUALA LUMPUR 25 Jun - Pertama Digital Berhad menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Perfect Hexagon Commodity and Investment Bank Limited (PHL) dan Alsirat Sdn Bhd (ASB) bagi menjaminkan pelaburan untuk bank digital yang dicadangkan.

 

Berdasarkandua MoU itu, PHCIB dan ASB berhasrat untuk menyokong inisiatif penyertaan kewangan dengan melabur di bank digital yang dicadangkan oleh Pertama Digital. 

 

Kedua-dua pelabur tersebut akan mengambil bahagian dengan menyumbang dana modal awal bank digital di samping Pertama Digital.

 

Pengarah Strategi Pertama Digital, Saify Akhtar, yang juga mengetuai inisiatif bank digital berkata, penyertaan PHCIB dan ASB sebagai pelabur akan memberi kekuatan kewangan jangka panjang tambahan kepada konsortium perbankan digital. 

 

"Di samping itu, ia juga meningkatkan lagi kemampuan kami untuk mencapai objektif penyertaan kewangan yang ditetapkan di dalam rangka kerja pelesenan bank digital oleh Bank Negara Malaysia,” katanya dalam kenyataan. 

 

Sementara itu, Pengarah ASB, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Manaf berkata, ASB melihat keperluan secara langsung keperluan untuk mempercepat inklusiviti digital berikutan sifat perniagaannya.

 

"Kami juga memutuskan bahawa fokus unik Pertama Digital untuk memberi perkhidmatan kepada golongan yang tidak diberi perhatian di dalam perkhidmatan kewangan adalah sesuatu yang kami ingin turut serta," tambahnya. 

 

Dilesenkan di bawah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA), PHL adalah milik penuh PHL yang berpangkalan di Hong Kong. 

 

PHL merupakan pemain perdagangan komoditi global dalam segmen asas logam dan logam bernilai sejak 2014.

 

Sementara itu, ASB merupakan milik penuh 100 peratus syarikat bumiputera yang memiliki lebih 30 tahun pengalaman dalam menjalankan misi projek kritikal untuk para pelanggan mereka sejak mula beroperasi. 

 

Mereka menyediakan penyelesaian pengurusan bukti digital, analisis data besar, pembelajaran mesin, kecerdasan buatan dan perkhidmatan internet. - DagangNews.com