Pikas: 573,177 pekerja sektor pembuatan divaksin hingga semalam | DagangNews Skip to main content

Pikas: 573,177 pekerja sektor pembuatan divaksin hingga semalam

 Pikas: 573,177 pekerja sektor pembuatan divaksin hingga semalam

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Jumlah kumulatif vaksinasi bagi pekerja sektor pembuatan negara terus meningkat kepada 573,177 individu hingga semalam.

 

Vaksinasi di bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) itu meningkat lebih 43,000 berbanding 529,725 pekerja yang direkodkan bagi tempoh hingga 4 Ogos 2021.

 

.

 

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, daripada jumlah yang direkodkan itu, sebanyak 87,936 pekerja telah melengkapkan suntikan dos kedua.

 

MITI yang berkongsi data tersebit di laman Twitternya menyatakan bahawa vaksinasi adalah kunci kepada normalisasi hidup bersama pandemik. 

 

.

 

Program imunisasi yang diperkenalkan oleh MITI itu merupakan sebuah kolaborasi strategik seumpamanya di antara pihak awam dan swasta.

 

Mula dilancarkan pada 16 Jun 2021, program berkenaan memfokuskan untuk mempercepat vaksinasi dalam kalangan pekerja di sektor pembuatan Malaysia.

 

Program tersebut mampu mewujudkan persekitaran pekerjaan yang selamat dan kondusif bagi pekerja di dalam sektor pembuatan. 

 

Melalui Pikas, pemberian vaksin oleh kerajaan adalah percuma, manakala pihak swasta akan membiayai dan menguruskan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang sekali gus dapat mengurangkan kos pentadbiran pemberian vaksin yang perlu ditanggung kerajaan. - DagangNews.com