PKS Malaysia raih RM400 juta jualan dalam talian | DagangNews Skip to main content

PKS Malaysia raih RM400 juta jualan dalam talian

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) serta Mikro berjaya mencatatkan RM400 juta jualan menerusi platform dalam talian atau e-dagang di bawah Bantuan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) Shop Malaysia Online.

Kempen E-Dagang MSMEs Penjana pula meraih lebih 30,000 PKS dan syarikat mikro.

Kedua-dua kempen itu merupakan inisitif di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri berkata, kempen e-dagang MSMEs PENJANA memasuki fasa terakhir yang berakhir 30 September, telah memanfaatkan lebih 90,000 PKS dan Mikro baharu serta sedia ada melalui latihan penyertaan, subsidi penjual dan sokongan jualan menerusi 20 platform e-dagang.

 

Surina Shukri
Surina Shukri

 

“Melalui kempen ini, MDEC menyediakan kaedah untuk membantu mereka dalam persekitaran perniagaan baharu dan menyediakan peluang mengembangkan perniagaan di pasaran domestik serta luar negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MDEC memperuntukkan RM140 juta bagi untuk merancakkan pemulihan ekonomi Malaysia dengan membantu PKS dan syarikat mikro menjalankan perniagaan secara digital selain merancakkan pembelian dalam talian.

Sementara itu, Penjana Shop Malaysia Online pula memanfaatkan lima juta pelanggan menerusi promosi yang ditawarkan.

“Melalui inisiatif ini, baucer diskaun diberikan oleh platform e-dagang terlibat untuk pelanggan mereka," tambah Surina. - DagangNews.com