PLUS anjur Sesi Pengendalian Bot dan Taklimat Keselamatan sebagai persiapan hadapi banjir | DagangNews Skip to main content

PLUS anjur Sesi Pengendalian Bot dan Taklimat Keselamatan sebagai persiapan hadapi banjir

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 3 Nov - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengadakan Sesi Pengendalian Bot dan Taklimat Keselamatan sebagai persiapan menghulurkan bantuan bagi menghadapi musim banjir.

 

PLUS menerusi kenyataan di Facebook berkata, sesi tersebut dilaksanakan bersama bersama wakil petugas PLUS dari Wilayah Utara, Tengah, Selatan & LPT2 di Tasik Holiday Villa, Subang Jaya pada 30 Oktober 2022.

 

 

plus

 

 

plus

 

 

plus

 

 

"Sesi itu telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya.

 

"PLUS mengucapkan terima kasih atas sokongan erat semua pihak bagi menjayakan sesi ini," katanya.

 

 

plus

 

 

plus

 

 

plus

 

 

plus

 

 

Turut hadir, Ketua Balai Bomba Subang Jaya, Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman dan Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz. - DagangNews.com