Plytec meterai kontrak bersama Most-Epker Kft bernilai RM1.1 juta bagi bekal perkhidmatan CME, DDE ke Hungary | DagangNews Skip to main content

Plytec meterai kontrak bersama Most-Epker Kft bernilai RM1.1 juta bagi bekal perkhidmatan CME, DDE ke Hungary

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Nov - Plytec Holding Berhad menerusi Plytec Formwork System Industries Sdn. Bhd. dan BIM Engineering Solution & Technology Sdn. Bhd.  memeterai kontrak dengan Most-Epker Kft. bernilai RM1.1 juta bagi membekalkan perkhidmatan kejuruteraan kaedah pembinaan (CME) dan reka bentuk & kejuruteraan digital (DDE) ke Hungary.


 
Most-Epker Kft. adalah sebuah firma pembinaan yang berpangkalan di Hungary, terkenal dengan menjalankan pembinaan projek kediaman dan komersial di Eropah.

 

Menerusi kontrak itu, rumusan CME dan DDE akan digunakan untuk Pejabat Heksagon G25, yang terletak di Szeged, Hungary.

 

Pejabat Heksagon G25 merupakan kampus korporat yang bertujuan untuk mencapai status 'Cemerlang' dalam Kaedah Penilaian Alam Sekitar Penubuhan Penyelidikan Bangunan (BREEAM) dan 'Platinum' dalam WELL Building Standard, alat pensijilan untuk menilai kesihatan dan kesejahteraan dalam bangunan.

 

Kumpulan itu akan membekalkan panel acuan, kepala jalur dan panel aluminium di bawah segmen CME dan melaksanakan model maklumat bangunan di bawah segmen DDE.

 

BACA JUGA: Plytec peroleh kontrak daripada SEDC bagi projek transformasi digital di Sarawak

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Plytec, Yang Kian Lock berkata, kontrak ini mewakili langkah besar kumpulan dan ia menunjukkan dedikasi ke arah menyampaikan rumusan kejuruteraan pembinaan di seluruh dunia.

 

"Plytec menjangkakan kerjasama rapat dengan Most-Epker Kft. bagi menyelesaikan projek yang baik dan cekap, selamat dan mampan dengan standard pembinaan berkualiti tinggi mengikut garis masa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

BACA JUGA: IPO Plytec terlebih langgan 6.72 kali
 

 

Terdahulu, kumpulan itu meraih kontrak untuk membantu transformasi digital Sarawak kepada bandar pintar.

 

Kumpulan itu menerusi, BIM Engineering daripada PPES Consults Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

 

SEDC merupakan agensi kerajaan Sarawak bermatlamat memupuk dan memudahkan pembangunan ekonomi dalam negeri, merangkumi pelbagai sektor dan inisiatif. - DagangNews.com