PM lawat Brunei Darussalam 14 Februari 2022 | DagangNews Skip to main content

PM lawat Brunei Darussalam 14 Februari 2022

KUALA LUMPUR 13 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan melakukan lawatan secara rasmi selama dua hari ke Brunei Darussalam mulai isnin ini.

 

Perdana Menteri dijadual menghadap Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar `Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddie di Istana Nurul Iman, pada hari Selasa.

 

Selain pertemuan antara kerajaan, Perdana Menteri akan turut mengadakan perbincangan tertutup empat mata dengan Tuanku Sultan Hassanal Bolkiah.

 

Manakala isteri Perdana Menteri, Datin Sri Muhaini Zainal Abidin akan menghadap Raja Permaisuri Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

Brunei merupakan negara ketiga dalam rangka lawatan rasmi luar negara Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Sebelum ini beliau telah membuat lawatan rasmi ke Indonesia pada 9-11 November 2021 dan ke Singapura pada 29 November 2021.

 

Lawatan rasmi ini dijangka akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua buah negara Islam di rantau ini.

 

Malaysia-Brunei sentiasa mempunyai hubungan rapat dari segi sempadan, sejarah dan hubungan diplomatik. - DagangNews.com