PM ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | DagangNews Skip to main content

PM ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 14 Jan - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merafak sembah ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sempena sambutan Hari Keputeraan Ke-74, hari ini.

 

Perdana Menteri turut mendoakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dilanjutkan usia dan diberkati pemerintahannya.

 

"Daulat Tuanku. Merafak dan setinggi-tinggi tahniah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

 

"Semoga Allah SWT melanjutkan usia dan memberkati pemerintahan Kebawah Duli Tuanku sempena Hari Keputeraan Ke-74, pada 14 Januari 2022 bersamaan 11 Jamadilakhir 1443H," katanya menerusi Facebook. - DagangNews.com