PM zahirkan rasa terharu terhadap pengorbanan pasukan keselamatan semasa operasi banjir | DagangNews Skip to main content

PM zahirkan rasa terharu terhadap pengorbanan pasukan keselamatan semasa operasi banjir

PUTRAJAYA 23 Dis - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa amat terharu dengan pengorbanan pasukan keselamatan negara sepanjang bertugas melaksanakan operasi bantuan banjir.

 

Menurut beliau, ketika mereka bertarung nyawa menyelamatkan mangsa, ada sebahagian anggota keselamatan turut kehilangan rumah dan harta-benda, malah tidak tahu ke mana ahli keluarga mereka dipindahkan akibat bencana.

 

''Mereka sanggup berkorban dan mengenepikan kepentingan diri demi keselamatan negara dan Keluarga Malaysia.

 

''Terima kasih frontliners, terima kasih semua!,'' kata Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini.

 

Ismail Sabri juga meminta rakyat semua supaya terus berwaspada terhadap ketidaktentuan cuaca sepanjang bulan ini.

 

Kata beliau, Ramalan Jabatan Metereologi Malaysia luruan monsun yang akan berlaku pada 27-29 Disember ini di mana hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah Timur dan Sarawak Barat.

 

''Saya telah mengerahkan semua agensi bertanggungjawab sentiasa bersedia dan berwaspada sekiranya kita menghadapi gelombang kedua,'' kata beliau.


 

PM

 

PM

 

PM

 

PM

 


Perdana Menteri berkata, pasukan keselamatan telah diletakkan secara strategik di kawasan-kawasan berisiko tinggi.

 

''Orang ramai diminta berjaga-jaga kerana angin kencang dan laut bergelora turut diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuklah kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung mulai 26-29 Disember 2021.

 

''Bersama-sama kita bersedia menghadapi sebarang dugaan dan mengambil iktibar dari pengalaman sebelum ini,'' kata Perdana Menteri. - DagangNews.com