KUALA LUMPUR 23 Ogos - Prince Court Medical Centre dianugerahkan Jenama Terbaik BrandLaureate 2023 untuk Penjagaan Kesihatan, baru-baru ini.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden Dunia BrandLaureate, Profesor Dr KK Johan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Prince Court, Cindy Choe.
Anugerah Jenama Terbaik BrandLaureate 2023, yang dianjurkan oleh The World Brands Foundation, mengiktiraf jenama-jenama yang menonjol dengan strategi luar biasa dan penempatan jenama yang sempurna, menetapkan garis panduan baru untuk kejayaan.
Choe berkata, pihaknya berbesar hati menerima anugerah berprestij ini iaitu sebagai Jenama Terbaik Tahun Ini dalam Penjagaan Kesihatan.
Katanya, pencapaian ini adalah bukti dedikasi yang tidak berbelah bahagi dari pasukan pelbagai disiplin mereka.
"Mereka sentiasa berusaha untuk memperolehi kecemerlangan dalam penjagaan pesakit di Prince Court.
"Kami bertekad untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia melalui penyampaian hasil klinikal yang cemerlang dan penjagaan peribadi yang luarbiasa dalam persekitaran penyembuhan," katanya dalam kenyataan media di sini.
Tambahnya, dengan anugerah ini, Prince Court lebih terserlah sebagai simbol kecemerlangan penjagaan kesihatan yang mana terus memberi impak penuh makna dalam mengubah kehidupan pesakit, dengan memberi penjagaan berkualiti kepada semua yang mengunjungi pusat perubatan tersebut.
Dengan lebih 160 perunding dan 1,100 pekerja yang menyediakan perkhidmatan perubatan terbaik serta rawatan-rawatan yang mampu menyelamatkan nyawa, Prince Court kekal sebagai peneraju dalam penjagaan kesihatan.
Ia sekali gus mengesahkan jenamanya sebagai simbol kecemerlangan penjagaan kesihatan dan menjadikannya pilihan utama bagi pesakit di Malaysia dan seluruh Asia. - DagangNews.com