Program Biasiswa Maxis bantu golongan belia menyumbang kepada negara | DagangNews Skip to main content

Program Biasiswa Maxis bantu golongan belia menyumbang kepada negara

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Program Biasiswa Maxis yang terkemuka kini kembali untuk membantu golongan muda Malaysia mencapai aspirasi akademik mereka dan peluang untuk menyumbang kepada negara.

 

Ketua Pegawai Sumber Manusia Maxis, Natalia Navin berkata, mereka berbesar hati melihat sambutan positif terhadap program biasiswa itu sejak dilancar pada tahun 2020. 

 

"Matlamat kami adalah untuk terus menyokong bakat muda Malaysia dalam membina kemahiran lestari, agar mereka kekal menerajui dan relevan dalam lanskap yang pantas berubah serta dipacu teknologi. 

 

"Ini ialah peluang yang hebat dan tepat masanya untuk pelajar, jadi kami mengalakkan calon untuk memohon hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Tiga kategori biasiswa Maxis, pertama "Maxis Women in Tech Scholarship", yang membolehkan wanita muda yang cemerlang dari semua latar belakang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang teknologi yang berbeza.

 

Kedua, "Maxis Tech Scholarship", membentuk bakat yang minat teknologi dan inovasi untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam pelbagai bidang teknologi.

 

Ketiga, "Maxis Young Leaders Scholarship" yang enyediakan platform untuk mendorong pelajar ke arah membina kepimpinan, serta sebagai pencetus inovasi dan perubahan.

 

Tahun lepas, seramai 15 individu cemerlang telah dianugerahkan biasiswa Maxis selepas proses pemilihan yang melibatkan penilaian, aktivit berkumpulan dan temu duga.

 

Permohonan kini dibuka hingga 12 September 2022. Calon yang berminat boleh menyemak kriteria dan mengetahui cara permohonan di https://www.maxis.com.my/en/about-maxis/career/maxis-scholarship-programme/.

 

Calon yang berminat digalakkan untuk menyemak kriteria kelayakan dan mengetahui cara permohonan di https://www.maxis.com.my/en/about-maxis/career/maxis-scholarship-programme/. - DagangNews.com