Program ePemula pacu penggunaan tanpa tunai dalam kalangan belia dan PMKS | DagangNews Skip to main content

Program ePemula pacu penggunaan tanpa tunai dalam kalangan belia dan PMKS

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 April - GrabPay Malaysia akan bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu penggunaan tanpa tunai dalam kalangan belia dan perniagaan khusnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara menerusi program ePemula.

 

Program yang dijangka bermula pertengahan April itu menyaksikan Kementerian Kewangan memperuntukkan RM300 juta untuk memberi manfaart kepada lebih 2 juta belia berusia antara 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa daripada institusi pengajian tinggi.

 

Mereka yang layak akan menerima pembayaran one-off berupa baucar bernilai RM150 menerusi e-dompet pilihan mereka yang boleh digunakan untuk transaksi bebas tunai bagi barangan seperti peranti elktronik, buku, makanan dan keperluan harian.

 

Ketua GrabPay Malaysia, Priyanka Madan berkata, pihaknya berbesar hati untuk terlibat dengan program ePemula untuk menyokong golongan belia di Malaysia dan sejak pelancaran e-dompet GrabPay kami sentiasa bekerjasama dengan pihak yang berhasrat untuk menggalakkan pembayaran tanpa tunai.

 

"Kami juga membantu banyak PMKS untuk berubaha kepada pembayaran secara dalam talian dan menerima pembayaran tanpa tunai bagi mengatasi masalah kawalan pergerakan sebelum ini.

 

"Dengan negara kini berubah ke Fasa 4 di bawah Pelan Pemulihan Negara, kami berharap perniagaan dapat mengejar semula perniagaan secara fizikal dan menggunakan kelebihan yang ditawarkan menerusi ekonomi digital," katanya.

 

Priyanka berkata, mereka yang layak membuat tuntutan itu boleh terus berjimat menerusi tawaran lain yang terdapat di dalam aplikasi Grab.

 

"Mereka boleh berjimat seandainya melanggan GrabUnlimited untuk menempah makanan selain meraih GrabReward untuk setiap transaksi GrabPay yang membolehkan mereka menggunakan mata terkumpul untuk transaksi masa hadapan," katanya.

 

Menurut kajian, pandemik yang melanda dunia berjaya melonjakkan penggunaan e-dompet di Malaysia dengan lebih 67% peratus rakyat di negara ini memiliki akses kepada telefon pintar dan 83% daripadanya menggunakan perkhidmatan transaksi di dalam talian menerusi penggunaan e-dompet. - DagangNews.com