KUALA LUMPUR 17 Jan - Syarikat pembangunan hartanah TSLAW Land mengumumkan projek pangsapuri suite Skyline KL telah mencapai tempahan sebanyak 90%
Pengarah Eksekutif TSLAW, Land Law Wai Cheong berkata, ini sekali gus menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan dalam bidang hartanah di pusat bandar Kuala Lumpur.
Ujarnya, pembangunan berorientasikan transit itu terletak di lokasi strategik di bandar Kuala Lumpur yang dihubungkan terus ke Stesen LRT Pudu, yang memberikan akses mudah kepada hab kewangan TRX, Menara KL118, dan kedua-dua pusat membeli-belah Pavilion dan KLCC.
"Sambutan terhadap Skyline KL amat menggalakkan. Kami bersyukur di atas sokongan dan maklumbalas positif yang diperoleh daripada pasaran.
"Orang awam dialu-alukan melawat galeri jualan kami, dan kami sangat gembira dengan pencapaian yang telah kami hasilkan bersama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, projek tersebut merupakan tarikan terbaharu kepada kesinambungan sejarah dan warisan kawasan Pudu.
Katanya, dalam menghidupkan semula landskap dan suasana kawasan ini, syarikat membayangkan permulaan kepada penjanaan semula bandar yang progresif.
"Residen pangsapuri kami akan menikmati ruang yang selesa dan kondusif, yang membolehkan mereka terlibat secara tidak langsung di dalam usaha penambahbaikan persekitaran kawasan ini," katanya.
Skyline KL dijual pada harga bermula daripada RM360,000 dan bersaiz di antara 480 kaki persegi hingga 1,080 kaki persegi.
Projek tersebut mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sekitar RM1.2 bilion, serta mempromosikan kemewahan mampu milik di tengah-tengah Kuala Lumpur. Ia dijadualkan siap pada 2026," katanya. -DagangNews.com