Prospek jangka panjang CIMB Niaga kekal optimis - PublicInvest | DagangNews Skip to main content

Prospek jangka panjang CIMB Niaga kekal optimis - PublicInvest

CIMB Niaga

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 2 Ogos - PublicInvest Research kekal optimis terhadap prospek jangka panjang bank keenam terbesar di Indonesia yang dimiliki oleh kumpulan CIMB, PT Bank CIMB Niaga Tbk (CIMB Niaga).

 

PublicInvest Research berkata, harapan itu diletakkan meskipun CIMB Niaga mencatatkan penurunan jumlah pinjaman sepanjang tempoh keadaan ekonomi yang tidak menantu.

 

"Bagi jangka masa terdekat, kecairan, kualiti aset dan pengurusan kos akan tetap menjadi fokus utama.

 

"Kami kekal optimis terhadap prospek jangka masa panjang kumpulan didorong oleh inisiatif F23+ melibatkan operasi di Indonesia.

 

"Kami kekalkan saranan 'neutral' saham CIMB Niaga, namun dengan kenaikan yang terhad terhadap harga sasaran sesaham (TP) sebanyak RM4.50," jelas PublicInvest Research.

 

Minggu lalu, CIMB Niaga mengumumkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak Rp1.12 trilion bagi tempoh suku kedua tahun kewangan 2021 (FY21).

 

Jumlah tersebut meningkat 70.8% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya dan 18.2% berbanding suku sebelumnya.

 

Tambah PublicInvest Research, jumlah yang dicatatkan itu dipengaruhi oleh prestasi peruntukan pinjaman yang lebih rendah.

 

Jumlah pinjaman CIMB Niaga menurun 29.6% berbanding tahun lalu dan 28.4% berbanding suku sama sebelumnya.

 

Pendapatan operasi menyaksikan penurunan 2.4% berbanding suku lalu disebabklan oleh penyusutan pendapatan bukan faedah sebanyak -8.5%.

 

Sementara itu, margin faedah bersih (NIM) pula merosot kepada 5.08% pada suku kedua 2021 berbanding 5.12% pada suku pertama tahun yang sama yang disebabkan oleh penurunan hasil pinjaman.

 

Namun berdasarkan perbandingan tahunan, CIMB Niaga menyaksikan peningkatan yang signifikan terhadap kos pendanaan (-124bps) yang melebihi hasil pinjaman yang lebih rendah (-109bps).

 

Situasi berkenaan secara tidak langsung berjaya mengekalkan margin di atas tahap 5%. - DagangNews.com