Prospek permintaan malap, harga minyak sawit dijangka jatuh | DagangNews Skip to main content

Prospek permintaan malap, harga minyak sawit dijangka jatuh

 

 

 

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Harga minyak sawit menuju ke paras terendah hampir 3 bulan apabila peniaga mula menilai kebimbangan terhadap permintaan jika penutupan sukarela dilaksanakan di Malaysia.

 

Niaga hadapan susut untuk hari ketiga. Minyak sawit mentah bagi bulan ketiga jatuh kepada RM3,196 tan metrik pada Selasa, lapor Bloomberg. 

 

Data pada minggu ini menunjukkan eksport merosot 35% pada Januari, yang menandakan permintaan lemah. 

 

Pada masa sama, China juga membeli lebih banyak kacang soya sebagai sumber makanan ternakan babi, yang secara tidak langsung meningkatkan pengeluaran minyak kacang soya, memberi saingan kepada minyak sawit. 

 

Ketua Penyelidik Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata, angka eksport pada Januari kurang memberangsangkan dan tiada permintaan baharu dari pasaran utama. 
 

 

Pelabur kini memberi fokus kepada pengeluaran pada Januari dan jumlah simpanan setakat akhir bulan ini bagi menilai prospek bekalan. 

 

"Kemungkinan ladang di Sabah akan meneruskan operasi akan mengurangkang kebimbangan kerugian pengeluaran pada Februari dan memberi tekanan kepada harga sawit," katanya. 

 

Malaysia akan membenarkan ladang sawit di Sabah kekal beroperasi dan menjalankan aktiviti seperti menuai dan mengangkut buah sawit, walaupun selepas 6 positif COVID-19 yang dikaitkan dengan kluster ladang minyak sawit. 

 

Ini berikutan cadangan industri untuk melaksanakan penutupan sukarela, yang akan menyaksikan operasi akan diteruskan di bawah kawalan yang ketat. - DagangNews.com