KUALA LUMPUR 22 Jan - Penyenaraian cabang penjagaan kesihatan Sunway Bhd iaitu Sunway Healthcare Group boleh dilakukan pada akhir tahun kewangan 2025 (FY25) atau awal FY26.
Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research berkata, Sunway telah memulakan usaha awal untuk penyenaraian Sunway Healthcare dan berkemungkinan menjadi antara yang terbesar dari segi permodalan pasaran di Malaysia.
"Kami mendapati Sunway baru-baru ini melantik bank pelaburan berkaitan untuk memulakan usaha penyenaraian Sunway Healthcare.
"Menerusi perkembangan ini, kami percaya Sunway Healthcare berada di landasan untuk penyenaraian berpotensi menjelang akhir FY25 atau awal FY26," kata firma penyelidikan itu dalam satu nota kajian.
Firma penyelidikan itu berkata, tawaran penjagaan kesihatan swasta baru-baru ini diurus niaga pada 20 hingga 25 kali ganda nilai perusahaan kepada pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) menetapkan tahap penilaian untuk IPO Sunway Healthcare, yang berpotensi melebihi julat ini.
"Adalah strategi berhemat untuk Sunway dan GIC Pte Ltd untuk hanya mempertimbangkan penyenaraian yang sepadan atau melebihi penilaian ini," katanya.
Dana kekayaan Singapura GIC memperoleh 16% kepentingan dalam bahagian penjagaan kesihatan pada 2021.
"Kedua-dua Sunway dan GIC boleh merealisasikan nilai yang lebih tinggi melalui penempatan persendirian jika penilaian IPO tidak memenuhi julat ini, mencadangkan penilaian lantai sekurang-kurangnya 20 kali ganda EBITDA dan berpotensi untuk mencapai melebihi 25 kali ganda.
"Dalam jumlah keseluruhan, kami menghargai 84% pegangan Sunway dalam SHG pada RM17.2 bilion, berdasarkan 25 kali FY26 EBITDA," katanya.
HLIB berkata, penyenaraian berpotensi itu boleh membuka kunci nilai untuk pemegang saham Sunway.
"Sejajar dengan tawaran awam permulaan (IPO) 2015 Sunway Construction Group Bhd (SunCon) di mana pemegang saham Sunway menerima saham SunCon bersama-sama dengan dividen khas yang dibiayai oleh hasil IPO, kami percaya pemegang saham Sunway juga seharusnya dapat menikmati faedah daripada ini.
"Bagaimanapun, butiran struktur ini tetap tertakluk kepada keputusan akhir Sunway," katanya.
Mengenai operasi, HLIB berkata Sunway baru-baru ini mengembangkan jejak penjagaan kesihatannya dengan pembukaan hospital keempatnya, Pusat Perubatan Sunway Damansara (SMCD) pada Disember 2024.
Firma penyelidikan itu berkata, dalam tempoh kurang tiga minggu, SMCD telah menunjukkan penerimaan masyarakat yang kukuh, melayani lebih 2,400 pesakit, melakukan lebih 50 pembedahan merentasi pelbagai kepakaran dan lebih 500 pendaftaran pemeriksaan kesihatan.
"Melihat ke hadapan, kumpulan itu merancang untuk melancarkan hospital kelimanya,Pusat Perubatan Sunway Ipoh pada suku kedua 2025.
"Kemudahan itu dijangka mengiut kejayaan SMC Pulau Pinang dengan menangani keperluan masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan di Ipoh, mengukuhkan lagi trajektori pertumbuhan Sunway Healthcare dan menukuhkan prospek jangka panjang.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "beli" dengan harga sasaran (TP) RM5.75 sesaham. - DagangNews.com