Prospek sektor perbankan diunjur positif didorong kestabilan pertumbuhan pinjaman, kata RHB Investment | DagangNews Skip to main content

Prospek sektor perbankan diunjur positif didorong kestabilan pertumbuhan pinjaman, kata RHB Investment

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 15 Mei - RHB Investment mengunjurkan prospek positif bagi sektor perbankan didorong pertumbuhan pinjaman sebanyak 6% dari tahun ke tahun terutama daripada segmen gadai janji kediaman, pijaman kenderaan serta pinjaman Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

 

Katanya, walaupun pertumbuhan deposit perlahan sedikit, pertumbuhan dalam baki Akaun Simpanan Akaun Semasa (CASA) mengimbangi simpanan tetap dan dilihat positif untuk margin faedah bersih (NIM) sektor itu.

 

Firma penyelidikan itu berkata, kualiti aset seluruh sistem kekal stabil, dengan nisbah pinjaman terjejas kasar (GIL) menurun sebanyak tiga mata asas suku ke suku kepada 1.62% (berbanding 1.71% pada suku pertama 2023). 

 

"Aliran ini dijangka mencerminkan keputusan akan datang dengan beberapa jangkaan utama sudah digariskan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

RHB Investment berkata, walaupun tidak melihat pemampatan NIM melepasi angka suku pertama 2023, momentum pertumbuhan pinjaman sepatutnya mencukupi untuk pendapatan faedah bersih (NII) mencatatkan pertumbuhan positif.

 

Katanya, ia akan dibantu oleh pinjaman sistem yang sedikit mengatasi pertumbuhan deposit asas.

 

"Kami memahami bahawa bank telah mengurangkan kadar deposit secara beransur-ansur, dan ini sepatutnya positif untuk NIM," katanya.

 

Katanya, bagi pendapatan bukan faedah (NOII), bank dijangka menikmati yuran teras yang sihat (contohnya berkaitan pinjaman, kekayaan dan unit amanah) dan mengetahui bahawa pendapatan perbendaharaan daripada aliran pelanggan aktiviti telah berjalan dengan baik pada suku tersebut. 

 

Firma penyelidikan itu tidak menjangkakan prestasi yang lebih baik daripada bank pada tahun ini dan atas dasar itu, mereka mengekalkan penarafan 'neutral'.

 

"Pilihan utama kami adalah untuk bank yang mempunyai prospek pertumbuhan yang lebih cerah," katanya.- DagangNews.com