Radiance Assets jalin kerjasama strategik dengan Yayasan Seniman Veteran | DagangNews Skip to main content

Radiance Assets jalin kerjasama strategik dengan Yayasan Seniman Veteran

Majlis memeterai kerjasama strategik Radiance Assets dengan Yayasan Seniman Veteran Malaysia di Kuala Lumpur pada 25 Februari 2022.

KUALA LUMPUR 25 Feb – Syarikat pelaburan patuh syariah, Radiance Assets Berhad  menjalin kerjasama strategik dengan Yayasan Seniman Veteran Malaysia melalui anak syarikatnya Radiance Studios, menjadi syarikat korporat pertama yang mengangkat martabat artis veteran di negara ini.



Pengerusi Eksekutif Radiance Assets, Dr Mohd Ezman Zamani berkata, pihaknya mahu memberi peluang kepada artis veteran di Malaysia dengan menghasilkan pelbagai filem pendek di bawah jenama Radiance Studio.



Menurutnya, objektif kerjasama itu adalah untuk menjalin hubungan jangka panjang antara kedua-dua organisasi yang dapat melihat artis veteran di Malaysia dihargai dan diiktiraf.

 

Radiance menyasarkan untuk menghasilkan 20 hingga 30 filem pendek berkisarkan peribahasa Melayu.

 

Untuk memulakan inisiatif, filem-filem itu akan disiarkan di saluran YouTube mereka – RediGo, menghasilkan kandungan yang akan menekankan pada konsep pendidikan, inspirasi dan motivasi.



“Filem pendek juga akan memperkenalkan bakat baharu kepada industri perfileman yang akan bekerjasama dengan artis veteran terkemuka di bawah Yayasan Artis Veteran Malaysia,’’ kata Dr Mohd Ezman.

 

Majlis memeterai kerjasama itu dihadiri Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Radiance, James Stevenson dan Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zuraini Kassim.

 

Sementara itu , Ketua Pegawai Eksekutif Radiance Studios, Muhamad Yasin Musa berkata, pandemik turut menjejaskan hidup banyak kreativiti, terutama artis veteran yang tidak mempunyai banyak peluang dalam industri.

 

''Kerjasama ini akan menyediakan platform sokongan kepada artis ini, ihsan Radiance Studios,” katanya.

 

Pengerusi Yayasan Artis Veteran Malaysia. Kismah Johar berharap inisiatif yang dilaksanakan Radiance Asstes Berhad menjadi contoh kepada lebih banyak syarikat untuk tampil membantu artis veteran negara mencipta dan menjana pendapatan.



Beliau menambah bahawa industri hiburan Malaysia harus mengambil inspirasi daripada Hollywood di mana veteran dalam industri itu mendapat bayaran lebih daripada yang baru muncul. – DagangNews.com