Ramai beli rumah meskipun impak COVID-19 mencabar | DagangNews Skip to main content

Ramai beli rumah meskipun impak COVID-19 mencabar

 

KUALA LUMPUR 24 Mei - Jualan hartanah di Malaysia tetap menunjukkan peningkatan walaupun penularan COVID-19 mendatangkan persekitaran yang mencabar.

 

Ini terbukti apabila syarikat teknologi hartanah, Juwai IQI merekodkan jualan projek baharu melebihi 293% bagi tahun 2021 setakat ini berbanding tempoh yang sama pada 2020. 

 

Syarikat itu menyaksikan jualan perumahan projek baharunya di seluruh Malaysia mencecah AS$88 juta bagi minggu 10 Mei 2021. 

 

Ini hampir 75% lebih tinggi daripada kira-kira AS$50 juta daripada minggu lazim tahun ini, jelas Juwai IQI dalam satu kenyataan menurut laporan Bernama. 

 

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di negara ini tidak menjejaskan jualan hartanahnya.

 

Kashif Ansari
Kashif Ansari

 

Sebaliknya, jualan syarikat hartanah itu dipacu oleh platform digital semasa tempoh berkenaan. 

 

“Sejak daripada itu, kami terus melabur dalam teknologi dan membina pasukan teknologi dan data global 1000-orang di Kuala Lumpur.

 

Mengulas mengenai prospek, Kashif berkata, pertumbuhan ekonomi, pekerjaan dan pendapatan dijangka meningkat lebih cepat semasa pemulihan pasca pandemik berbanding tahap sebelum COVID-19. 

 

Ini cenderung untuk berlaku serentak dengan kenaikan permintaan dan harga hartanah. 

 

“Permintaan telah didorong oleh kadar faedah rendah, pengenalan semula Kempen Pemilikan Rumah dan pelbagai inisiatif berkaitan hartanah yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2021, termasuk Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana)," katanya lanjut. - DagangNews.com