KUALA LUMPUR 24 Sept. - Rapid KL dan sistem pembayaran terkemuka, PayNet melakukan percubaan kaedah pembayaran tanpa sentuh iaitu MyDebit.
Beberapa pengimbas kad tanpa sentuh dilihat telah diguna pakai di stesen LRT terpilih termasuk Wangsa Maju, Lembah Subang dan Pasar Seni.
Pengenalan sistem pembayaran baharu itu dijangka akan diguna pakai di semua stesen dan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) dan MRT.
Meskipun terdapat beberapa pilihan sistem pembayaran tanpa sentuh lain seperti Mastercard PayPass dan Visa PayWave, namun sistem MyDebit adalah lebih bersesuaian.
"MyDebit tersedia dalam kebanyakan kad ATM yang dikeluarkan oleh bank-bank Malaysia dan boleh berfungsi tanpa PIN bagi transaksi di bawah RM250.
"Pengguna Lowyat.net telah pergi ke stesen Lembah Subang untuk mencuba, tetapi tidak berfungsi dengan ATM Maybank VISA MyDebit, kad kredit RHB Visa atau Samsung Pay," lapor Malay Mail.
Selepas menjalani percubaan lanjut, terminal masih tidak dapat berfungsi kerana keterbatasan capaian ikon WiFi dan SIM pada skrin.
Bagaimanapun, PayNey dan Rapid KL dikatakan belum membuat percubaan lanjut dan pendedahan lanjut bakal diumumkan kelak.
Penerimaan Mastercard PayPass dan Visa Paywave akan menjadi berita baik kepada pelancong antarabangsa.
Bagaimanapun, penawaran pilihan yang lebih banyak berbanding kad Touch'n Go fizikal adalah lebih baik.
Dua tahun lalu, Touch'n Go telah melakukan percubaan untuk QR Transit yang membolehkan pengguna membuat bayaran perjalanan LRT dengan telefon pintar. - DagangNews.com