Rasuah atau makan khinzir lebih haram? | DagangNews Skip to main content

Rasuah atau makan khinzir lebih haram?

Oleh MOHD FUDZAIL MOHD NOR
Kolumnis DagangNews.com

 

 

LAPORAN media massa selalunya rasuah membabitkan individu berjawatan tinggi di dalam kerajaan atau penjawat kerajaan dan pihak berkuasa yang meluluskan. Tidak dapat disangkal lagi hampir kesemua laporan media massa berkaitan rasuah lebih kepada golongan ini.

 

Persepsi ramai orang Melayu terlibat, seolah-olah semua orang Melayu kurang berintegriti dan mudah terjebak dengan rasuah. Walhal orang bukan Melayu sama  juga ada terlibat.

 

Ada yang bertanya: antara rasuah dan makan daging khinzir mana yang lebih haram?

 

Bagi orang Melayu yang hampir kesemuanya Islam lebih buruk makan daging khinzir.

 

Ini bukan bias perkauman apabila orang Melayu dikaitkan sedemikian. Orang Cina dan India juga kuat makan rasuah, cuma tidak banyak dilaporkan di media massa berbahasa Melayu atau Inggeris.

 

Malangnya, bias perkauman yang sangat malang mengaitkan orang-orang Melayu dalam kedudukan berkuasa adalah korup.

 

Berbanding dengan orang-orang Cina yang kononnya dianggap bekerja keras dan mempunyai tahap integriti yang tinggi. Mengenai isu ini hampir semua orang memuji Singapura sebagai kerajaan yang bersih dari rasuah. Hakikatnya orang Cina juga terpalit tetapi kerajaan Singapura sangat pandai menguruskan persepsi.

 

 

edwin yeo
Edwin Yeo pegawai kanan Corrupt Practices Investigation Bureau (CPIB) Singapura dihukum penjara 10 tahun setelah didapati mencuri $1.76 juta dari akauan CPIB untuk digunakannya berjudi.

 

 

Tetapi adakah Singapura dan China bebas rasuah?

Kegiatan korupsi lebih besar di sektor swasta dari sektor awam tetapi tidak masuk media massa dan persepsi ramai.

 

Penting untuk diperhatikan bahawa dari segi pekerjaan di sektor swasta, terutama dalam posisi membuat keputusan, orang Melayu membentuk minoriti kecil.

 

Di sektor perbankan, pembangunan harta tanah dan pembinaan pegawai yang mempunyai kewibawaan untuk membuat keputusan adalah orang Cina. Dalam sektor penglibatan orang Melayu hanyalah minoriti kecil.

 

Dengan anggapan jumlah pinjaman bank yang diluluskan dalam setahun adalah RM10 bilion dan 30% daripadanya RM6 bilion melibatkan rasuah pada kadar 2%, jumlah rasuah yang diterima oleh bank adalah RM60 juta.

 

Dengan andaian kos projek hartanah adalah RM1 bilion, sogokan yang diambil oleh pengarah untuk memberikan projek tersebut kepada kontraktor utama boleh berkisar antara 5% hingga 10% atau RM50 juta hingga RM100 juta. Pada tahun biasa, nilai pembinaan bernilai berbilion-bilion Ringgit.

 

Ketirisan yang berlaku dalam perniagaan sederhana seperti restoran boleh antara RM100,000 hingga RM150,000 sebulan. Semuanya kerana rasuah.

 

Kita dapat menyenaraikan semua industri dan jumlah rasuah sangat mengejutkan. Penyertaan orang Melayu dalam sektor ini hanyalah minoriti tetapi penjawat awam adalah majoriti.

 

Tetapi, apabila kita bercakap mengenai rasuah jarang sekali orang membicarakan rasuah oleh masyarakat Cina di sektor swasta. Persepsi umum ialah orang Cina kaya kerana mereka rajin bekerja dan jika orang Melayu kaya mesti korup. Amat menyedihkan.

 

Tetapi benarkah?

Kita lihat China yang telah melakar kejayaan yang luar biasa dalam memerangi rasuah. Sejak Kongres Kebangsaan Parti Komunis China (CPC) ke-18 pada tahun 2021.

 

Langkah drastik diambil bagi memastikan agar pegawai-pegawai tidak berani, tidak berupaya dan tidak mahu menerima rasuah.

 

Kerajaan menghukum pegawai-pegawai yang menerima rasuah dan membina sistem bagi mencegah rasuah. Untuk itu China telah memberi penekanan ke atas peranan pendidikan dalam gerakan anti-rasuah.

 

 

fudzail
Awal tahun ini, pengerusi Huarong Asset Mgmt Co, Lai Xiaomin dihukum mati atas pertuduhan rasuah oleh mahkamah China. 

 

 

Untuk mentadbir parti secara komprehensif dengan disiplin yang ketat, parti bukan sahaja perlu menumpukan untuk menyeragamkan hukuman, namun mengekalkan asas disiplin yang penting dengan ketat.

 

Parti komunis mendidik rakyat untuk berbuat lebih baik dan membangunkan sepenuhnya peranan pembimbing dalam prinsip, kepercayaan dan moral.

 

Untuk menolong  pegawai-pegawai CPC mengawal dan menguasai diri mereka. Menjadikan  pegawai-pegawai tidak mahu, tidak suka menerima rasuah, kepimpinan parti berulang kali menyeru untuk terus berpegang pada aspirasi oroginal dan misi penubuhan CPC dari awal. Untuk mencari kebahagiaan demi rakyat Cina dan menggiatkan semula ekonomi negara China.

 

Kempen pendidikan seluruh China yang bertema terus berpegang pada misi penubuhan dilancarkan bagi memperkukuh mesej dalam lebih kurang 100 juta ahli CPC.

 

Kepentingan pendidikan dalam memerangi rasuah dimana hukuman dan pencegahan tidak cukup untuk mencegah rasuah.  Perlu mempunyai proses pendidikan dalam mendidik masyarakat dengan penuh perhatian.

 

Begitulah cuba dilakukan oleh orang Cina dengan memiliki pendidikan moral. Untuk pegawai parti dan untuk semua rakyat yang tidak mudah dilaksanakan.

 

Konsep  memerangi rasuah, menunjukkan keazaman kepimpinan untuk menangani masalah.  Telah berakar umbi dan memupuk kesepakatan sosial terhadap rasuah dan segala penyelewengan.

 

Pelbagai konsep anti-rasuah  termasuk menangani empat bentuk kemerosotan iaitu birokratisme, formalisme, keborosan  dan hedonisme. Mengambil tindakan tegas untuk memperbaiki keborosan tabiat dan kelakuan pegawai-pegawai parti dan kerajaan.

 

Menyerang harimau atau pegawai-pegawai korup berpangkat tinggi. Memukul lalat atau pegawai-pegawai korup berpangkat rendah secara serentak. Mengambil pendirian toleransi sifar terhadap rasuah.

 

Konsep dan laporan media massa mengenai penyiasatan anti-rasuah telah meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu rasuah secara total.

 

 

china
Wajarkah kita mencontohi cara China menghukum perasuah? Hukum mati di hadapan skuad penembak?

 

 

Pendidikan adalah dasar  dan aspek penting dalam formula tiga serampang China untuk menangani rasuah.  Dengan hukuman tegas seperti hukuman mati dan pembinaan semula sistem.

 

China mengukuhkan pembinaan sistem dalam usaha memerangi rasuah untuk mengehadkan penggunaan kuasa dalam sangkar institusi.

 

Satu tindakan utama adalah pembaharuan sistem pengawasan negara China yang menyaksikan penubuhan suruhanjaya pengawasan di peringkat negara, wilayah, bandar dan daerah yang berkaitan.

 

Suruhanjaya berupaya untuk mengawasi semua orang yang bekerja dalam sektor awam yang menggunakan kuasa awam. Ini termasuk yang bukan ahli CPC dan mereka yang tidak bekerja dengan kerajaan.

 

Kesemua usaha  mendapat keberhasilan yang menyeluruh terhadap rasuah secara mental. Lebih banyak langkah dalam pendidikan, penyelidikan dari segi sifat rasuah, selain kerjasama antarabangsa.

 

Langkah ini beransur-ansur menjadikan China sebagai salah sebuah negara terhandal dalam memerangi rasuah secara hakiki.

 

Kita harus melihat China yang lebih 1.2 bilion manusia berbanding kita dengan 32.5 juta penduduk.

 

Kita perlu juga belajar dari Singapura untuk menjadikan negara bersih dari rasuah. Kecil atau besar rasuah, tetap rasuah tidak kira dimana dilakukan dan rasuah adalah haram.

 

Apakah parti-parti politik di Malaysia semua sanggup bersatu menentang rasuah?

 

Jadi, orang Melayu atau Cina yang kuat rasuah?

 

 

DISCLAIMER : Pandangan di dalam artikel ini tidak semestinya mencerminkan polisi Sidang Editorial DagangNews.com