Rebut pakej hidangan 'POWERUP KFC x MLBB' ketika tonton MPL Malaysia Musim 8 | DagangNews Skip to main content

Rebut pakej hidangan 'POWERUP KFC x MLBB' ketika tonton MPL Malaysia Musim 8

KFC x MLBB

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Peminat dan pemain Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL Malaysia) bakal menyaksikan pertandingan yang lebih sedap hingga menjilat jari dengan tawaran pakej hidangan POWERUP bertema KFC x MLBB.

 

Sementara itu, Kolonel Sanders turut membuat tawaran istimewa untuk semua pemain MPL Malaysia bersempena sambutan hari lahir ke-131 beliau pada September.

 

Dengan itu, KFC akan menghadiahkan cheat codes istimewa dan 1 juta Diamonds dalam permainan melalui laman-laman sosial KFC Malaysia untuk power up permainan dan perut mereka.

 

Bukan itu sahaja, 11 karakter kesukaan peminat yang melambangkan 11 herba dan rempah ratus rahsia KFC bakal diketengahkan dalam kempen tersebut.

 

Para pemain boleh nantikan giveaway KFC termasuk baucer semasa beberapa siaran langsung terpilih.

 

Pengurus Perniagaan MOONTON Games, Fikri Rizal Mahruddin berkata, pihaknya teruja dapat bekerjasama secara rapat dengan KFC dan memperkasakan pertandingan dengan tawaran pakej eksklusif.

 

Beliau turut menyeru orang ramai untuk menantikan kolaborasi dan Regular Season pertandingan itu yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi.

 

Liga e-sukan berkenaan boleh ditonton secara langsung di YouTube bermula 13 Ogos nanti.

 

MPL Malaysia Musim 8 mengumpulkan 10 pasukan terbaik untuk bertanding memenangi hadiah terkumpul berjumlah AS$100,000.

 

Pemenang utama dan pemenang tempat kedua berpeluang untuk mewakili Malaysia untuk kejohanan serantau atau antarabangsa.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling memberitahu, pihaknya berbesar hati berkolaborasi dengan YouTube dan MOONTON Games untuk power up para pesaing dan peminat dengan makanan sedap hingga menjilat jari yang disediakan segar setiap hari dan dihidangkan selamat dan mudah melalui khidmat tanpa sentuh.

 

"Kami tidak sabar untuk turut serta berseronok dalam pertandingan e-sukan sengit ini dan pada waktu yang sama meraikan semangat keghairahan belia Malaysia," katanya.

 

Ketua YouTube Malaysia, Ben Jern Loh berkata, jutaan rakyat Malaysia menonton YouTube semasa berada di rumah.

 

Menurutnya juga, waktu tontonan permainan video kasual pada awal 2021 berkembang lebih lima kali ganda berbanding tahun lalu.

 

"Kami berbangga untuk berkolaborasi dengan MOONTON dan KFC untuk power up salah satu e-sukan terbesar Malaysia pada 2021," katanya lagi. - DagangNews.com