KUALA LUMPUR 29 Sept – Reservoir Link Energy Bhd, penyedia perkhidmatan berkaitan tenaga, mengumumkan bahawa 51% anak syarikat miliknya Founder Energy Sdn Bhd, telah menerima surat anugerah daripada Samaiden Sdn Bhd (untuk kerja subkontrak loji solar fotovoltaik berskala besar yang terletak di Kedah, dengan jumlah kapasiti terbina sebanyak 50.0MWac.
Kontrak yang dinyatakan di atas bernilai RM21.0 juta dan dijangka siap menjelang Jun 2024.
Di bawah terma kontrak, Reservoir Link akan bertanggungjawab untuk menyediakan kerja subkontrak yang berkaitan dengan sivil dan struktur, serta kerja mekanikal dan elektrik di dalam tapak, sebagai tambahan kepada pembekalan struktur pemasangan loji fotovoltaik solar.
Pengarah Eksekutif Reservoir Link Thien Chiet Chai berkata, “Selaras dengan objektif kami, yang menggariskan komitmen kami ke arah pertumbuhan mampan, kami gembira kerana telah dianugerahkan projek yang begitu penting".
"Ini juga mencerminkan rekod prestasi kami yang terbukti dalam ruang tenaga boleh diperbaharui sambil kami bekerjasama dengan pemain terkenal seperti Samaiden untuk menyediakan penyelesaian tenaga yang lebih mampan, sekali gus menyumbang ke arah masa depan yang lebih hijau.
“Melihat ke hadapan, kami menjangkakan pertumbuhan yang dipercepatkan daripada penggunaan teknologi tenaga boleh diperbaharui, sejajar dengan agenda kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Di samping itu, kata Thien, pihaknya menjangka lebih banyak perniagaan akan datang untuk menerima peralihan tenaga yang akan membawa kepada lebih banyak peluang di hadapan memandangkan kehadiran Reservoir Link dalam industri ini. - DagangNews.com