Resorts World Genting tutup dua kasino berkuat kuasa serta-merta | DagangNews Skip to main content

Resorts World Genting tutup dua kasino berkuat kuasa serta-merta

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 28 Feb - Resorts World Genting Bhd mengumumkan penutupan dua daripada tiga kasino yang dikendalikannya di Genting Higland, berkuat kuasa Rabu.

 

Kumpulan perjudian itu menyiarkan pengumuman itu di laman web Resorts World Genting, menyatakan bahawa Genting Casino 1 (Circus Palace) dan Genting Casino 2 (Hollywood) akan ditutup berkuat kuasa hari ini.

 

Notis itu menasihatkan pelanggan untuk terus ke SkyCasino, dengan perkhidmatan ulang-alik akan disediakan ke SkyCasino antara 10 pagi dan tengah malam setiap hari.

 

Tiada sebab diberikan oleh Resort World atas penutupan dua kasino tersebut.

 

Penutupan Circus Palace dan Hollywood menandakan berakhirnya satu era, tetapi ia juga mencerminkan landskap hiburan dan riadah yang berkembang.

 

Pelanggan kini diarahkan ke SkyCasino yang lebih baharu dan lebih moden, menandakan perubahan dalam cita rasa dan pilihan dalam era pasca COVID-19.

 

 

genting

 

 

Menurut laporan Oriental Daily, orang yang mengunjungi kasino 'lama' berkurangan selepas wabak itu, dengan lebih ramai tetamu lebih suka suasana moden SkyCasino.

 

Ia berkata Bilik Antarabangsa, yang pernah sibuk di zon lama ini, juga telah menyaksikan bilangan pengunjung menurun, mendorong peralihan untuk memberi tumpuan kepada menampung pelanggan di premis perjudian yang lebih baharu. - DagangNews.com