RHB Investment semak naik penarafan saham Gadang Holdings kepada 'beli' | DagangNews Skip to main content

RHB Investment semak naik penarafan saham Gadang Holdings kepada 'beli'

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Mac - RHB Investment Bank Berhad menyemak naik penarafan saham-saham Gadang Holdings Berhad kepada 'beli' berbanding 'neutral' dengan sasaran RM0.60 berbanding RM0.42 selepas kejayaan mereka meraih kontrak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

 

Katanya, kejayaan baharu itu memberikan minat baharu terhadap pelabur terhadap Gadang terutama selepas bahagian jualan mereka gagal mencatatkan sebarang jualan semasa Printah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas semua aktiviti pemasaran terpaksa dihentikan.

 

"Kami menjangkakan Gadang akan meraih kemajuan untuk beberapa projeknya termasuk MRT, Tun Razak Exchange dan Hospital Cyberjaya yang bernilai melebihi RM400 juta.

 

"Kesemua aktiviti pembinaan terkesan semasa bulan Mac dan April tahun lalu akibat PKP dan kesemunya beransur pulih bermula Mei," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, tempahan semasa bernilai RM958 juta akan membuatkan Gadang sibuk untuk tempoh 24 bulan akan datang dengan projek ECRL dijangka mula menyumbang pendapatan kepada kumpulan itu bermula Julai.

 

"Margin keuntungan adalah berbeza untuk setiap projek, bergantung kepada dinamik harga untuk kerja-kerja yang terlibat.

 

"Kami menjangkakan proses pemulihan dari segi pendapatan akan berlangsung pada masa ini selepas mengambil kira suasana ekonomi yang lebih baik," katanya.

 

Bagaimanapun, firma penyelidikan itu menjangkakan kumpulan itu berdepan risiko besar kerana gagal mendapatkan sebarang projek baharu bagi bagi menjana pendapatan baharu pada masa akan datang.

 

"Mereka juga berdepan risiko kemerosotan berpanjangan dalam pasaran hartanah," katanya. - DagangNews.com