Ringgit agak stabil, suasana politik kembali reda | DagangNews Skip to main content

Ringgit agak stabil, suasana politik kembali reda

Oleh ZUNAIDAH ZAINON
zunaidah@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Ringgit dibuka pada RM4.1620/1670, sedikit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, setelah suasana politik tempatan dilihat kembali reda. 

Semalam mata wang tempatan itu ditutup pada RM4.1630/1670 berbanding dolar AS. 

Menurut Ambank Research, semalam ringgit susut 0.15% kepada RM4.1630, paras terendah sejak awal Oktober lalu. 

Katanya, ringgit dijangka diniagakan pada paras sokongan antara RM4.1557 dan RM4.1610 manakala paras rintangan pula pada RM4.1705 dan RM4.1750. 

"Berbanding mata utama lain, ringgit menokok 0.37% kepada RM5.421 berbanding pound sterling dan 0.10% kepada RM2.967 dolar Australia. 

"Bagaimanapun, ringgit menyusut 0.02% kepada RM4.922 berbanding euro dan 0.04% kepada RM3.971 berbanding yen. 

"Di peringkat serantau, ringgit mengukuh 0.13% kepada RM3.062 berbanding dolar Singapura," katanya dalam nota penyelidikan hari ini. - DagangNews.com