Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$114.4 bilion pada 28 April 2023 | DagangNews Skip to main content

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$114.4 bilion pada 28 April 2023

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 April - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$114.4 bilion pada 28 April 2023.

 

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$101.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion).

 

Sementara itu, jumlah aset berjumlah RM617.6 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM505 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.2 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.63 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.4 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM70.2 bilion).

 

BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM166.9bilion), mata wang dalam edaran (RM165.3 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM194.1 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM10 bilion), deposit lain (RM38.3 bilion), kertas Bank Negara (RM10.1 bilion), peruntukan SDR (RM28.72 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.79 bilion). - DagangNews.com