Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$111.4 bilion pada 30 Jun 2023 | DagangNews Skip to main content

Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$111.4 bilion pada 30 Jun 2023

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Julai - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) menyussut kepada AS$111.4 bilion pada 30 Jun 2023 berbanding AS$112.7 bilion pada 31 Mei 2023.

 

Paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan dan sekali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$99.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7bilion).

 

Sementara itu, jumlah aset berjumlah RM622.4bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM522 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.5 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.5 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM60 bilion).

 

BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM181.9 bilion), mata wang dalam edaran (RM160.1 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM182.2 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM6.39 bilion), deposit lain (RM38.2 bilion), kertas Bank Negara (RM19.4bilion), peruntukan SDR (RM29.9 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.04 bilion). - DagangNews.com