RMK-12 kini di peringkat akhir - Mustapa | DagangNews Skip to main content

RMK-12 kini di peringkat akhir - Mustapa

 

 


KUALA LUMPUR 9 April - Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) kini berada di peringkat akhir penyiapan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, seperti dilapor Bernama.

 

Beliau berkata, pandemik COVID-19 telah memberi cabaran besar kepada banyak aspek.

 

“...ia juga dalam banyak cara telah mempercepat proses pembaharuan ketika kita sedang merangka RMK-12, yang kini berada di peringkat akhir,” katanya pada program A Transformative Leap: MyDigital Insights & Fireside Chat anjuran RHB Investment Bank secara maya hari ini.

 

Isnin lalu, beliau berkata, kerajaan menerima permohonan peruntukan melibatkan RM900 bilion bagi RMK-12 daripada jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri.

 

Bagi 2021 sahaja, sejumlah RM69 bilion telah diperuntukkan, dengan sebahagian besar dana itu disalurkan kepada sektor penjagaan kesihatan, termasuk untuk program vaksinasi COVID-19, katanya.

 

Beliau berkata, memandangkan semua permohonan RMK-12 datang dari setiap sudut, jadi kerajaan perlu menelitinya secara berhati-hati kerana keutamaan perlu diberikan kepada sektor penjagaan kesihatan. - DagangNews.com