RON97 & RON95 naik 4 sen lagi, diesel kekal | DagangNews Skip to main content

RON97 & RON95 naik 4 sen lagi, diesel kekal

RON97 & RON95 naik 4 sen lagi, diesel kekal

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 meningkat lagi sebanyak 4 sen seliter. 

 

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, peningkatan harga tersebut berkuat kuasa pada tengah malam ini hingga 26 Februari 2021.

 

"Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 4 sen seliter iaitu daripada RM2.26 seliter kepada RM2.30 seliter.

 

"Harga petrol RON95 naik sebanyak 4 sen seliter iaitu daripada RM1.96 seliter kepada RM2.00 seliter.

 

"Harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter," jelas kementerian itu.

 

Dalam kenyataan yang sama, Kementerian Kewangan memberitahu, penurunan harga tersebut adalah berdasarkan kepada harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

 

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," tambah kementerian itu lagi. - DagangNews.com