RUU Kawalan Merokok dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen | DagangNews Skip to main content

RUU Kawalan Merokok dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

KUALA LUMPUR 12 Jun - Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen untuk penelitan lanjut.

 

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mencadangkan perkara itu  berdasarkan Peraturan 54 (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat  Dewan Rakyat supaya ia dirujuk kepada jawatankuasa itu bagi membuat syor-syor selain meneliti dasar Generasi Penamat (GEG) serta peruntukan berkaitan.

 

Menurut laporan Bernama, Dr Zaliha menjelaskan rang undang-undang itu adalah yang baharu selepas  mengambil kira syor-syor perbincangan  JKPK Kesihatan pada tahun 2022 dan pertambahan pindaan baharu terhadap dasar GEG. 


 

Dr Zaliha Mustafa
                            Dr Zaliha Mustafa

 


“Berdasarkan sesi libat urus dengan JKPK Kesihatan pada 6 Jun lepas bersama  Ahli Parlimen, badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), terdapat permintaan agar beberapa perkara dilihat dan diperhalusi lebih lanjut.

 

“Justeru, KKM mencadangkan ia dirujuk kepada JKPK Kesihatan untuk penelitian lanjut selain jawatankuasa ini yang berfungsi sebagi mekanisme  semak dan imbang dengan ambil kira pandangan semua pihak,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat selepas membentangkan rang undang-undang itu bagi bacaan kali pertama, di sini hari ini. - DagangNews.com