Saham Opcom cecah paras tertinggi RM1.66 | DagangNews Skip to main content

Saham Opcom cecah paras tertinggi RM1.66

Oleh NABILA YASMIN RAZIB

[email protected]

 

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Saham Opcom Holdings Bhd mencecah paras tertinggi pada RM1.66 hari ini selepas ahli perniagaan Datuk Eddie Ong Choo Meng meningkatkan kepentingannya dalam syarikat pengeluar kabel gentian optik itu.

 


Menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia pada 1 dan 4 Oktober lalu, Ong yang merupakan pemegang saham terbesar syarikat, memperoleh 19 juta saham atau kepentingan ekuiti 8.3% di pasaran terbuka, menjadikan jumlah pegangan sahamnya dalam Opcom kepada 38.2 juta saham atau 16.6% kepentingan ekuiti.

 

Saham Opcom naik 13.7% untuk mencapai paras tertinggi dalam sehari pada paras RM1.66 pada awal perdagangan pada hari Jumaat dengan 59.76 juta saham bertukar tangan.

 


Ong juga merupakan pemegang saham utama syarikat tersenarai lain seperti Hextar Global Bhd, SCH Group Bhd, Rubberex Corp (M) Bhd, SWS Capital Bhd sebelum berpindah ke Opcom.

 

 

Ong memperoleh saham Opcom pada 84 sen sesaham, dengan jumlah keseluruhan RM20.69 juta, pada 10 Februari selepas Datuk Seri Mukhriz Mahathir bmelupuskan 24.63 juta saham, atau 15.28% saham miliknya.

 



Pada jam 10.56 pagi, Opcom mengukuhkan kenaikannya pada harga RM1.60, dengan nilai syarikat pada RM306.68 juta. -DagangNews.com