KUALA LUMPUR 17 Jan - Samsung Malaysia Electronics dengan kerjasama Simee Electrical Sdn. Bhd. membuka 'Samsung Brand Shop' ke-83 mereka di Ipoh, Perak semalam.
Pembukaan itu menandakan usaha Samsung dalam mengembangkan jangkauannya ke wilayah lain di Malaysia dengan produk dan perkhidmatan inovatifnya.
Kedai yang menjual koleksi barangan rumah inovatif terbaharu Samsung itu, merangkumi pendingin hawa, peti sejuk, mesin basuh, monitor pintar, TV QLED dan Gaya Hidup, bar bunyi dan banyak lagi.
Ketua Bahagian Pengguna Elektronik Samsung Malaysia Electronics, Jimmy Tan berkata, premis baharu itu adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk membawa peralatan digital jenama itu yang inovatif dan produk hiburan rumah kepada pelanggan kami.
"Di sini pelanggan boleh memilih daripada rangkaian TV QLED & Gaya Hidup, bar bunyi, pendingin hawa, mesin basuh, peti sejuk, monitor pintar dan peralatan digital lain kami untuk melengkapkan rumah mereka.
"Pandemik sejak dua tahun lalu telah menyusun semula dan mengubah cara kami hidup dan bekerja di rumah. Amat enting bagi kami untuk terus memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan produk berkualiti, perkhidmatan dan pengalaman runcit terkemuka yang melebihi jangkaan mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan sama, Pengarah Urusan Simee Electrical Sdn. Bhd., Toh Chong Huat pula berkata, Samsung Malaysia Electronics telah menyokong mereka dan bergerak ke hadapan sejak 2008.
"Kami boleh menyampaikan perkhidmatan dan maklumat produk yang ideal kepada pengguna. Kami berharap dapat terus menawarkan penduduk Ipoh peralatan inovatif Samsung dan produk hiburan rumah untuk memperkayakan kehidupan mereka,” katanya.
Pelanggan berhak mendapat waranti eksklusif tambahan selama setahun daripada Samsung apabila mereka membeli produk terpilih di mana-mana Samsung Brand Shop.
Lawati premis baharu tersebut di Grand Simee, Ipoh untuk melihat peralatan rumah terbaharu Samsung. - DagangNews.com