Samsung lancar kempen perpaduan dan pandangan positif menerusi 'Malaysia Di Hatiku' | DagangNews Skip to main content

Samsung lancar kempen perpaduan dan pandangan positif menerusi 'Malaysia Di Hatiku'

KUALA LUMPUR 16 Ogos  Dengan dorongan untuk meningkatkan perpaduan pada masa mencabar, Samsung Malaysia Electronics mengumumkan pelancaran Malaysia Di Hatiku, sebuah kempen bertema Hari Merdeka dan Hari Malaysia dengan kerjasama Universal Music Malaysia.

 

Kempen ini akan menampilkan lagu terbaru Malaysia Di Hatiku dan akan menyeru rakyat Malaysia untuk berkongsi hasrat dan keinginan mereka untuk negara yang lebih berpadu.

 

Hari Merdeka dan Hari Malaysia merupakan hari-hari yang penting yang melambangkan pembangunan negara. Disebabkan ini, kempen Malaysia Di Hatiku ingin mengembalikan semangat muhibah rakyat Malaysia, terutamanya dengan cabaran semasa yang dilalui oleh semua.

 

Ketua Pegawai Pemasaran Korporat Samsung Malaysia Electronics, Elaine Soh berkata, sudah lebih setahun rakyat Malaysia dan sedunia telah menghadapi cabaran. Namun begitu, masih ada peluang untuk rakyat mengembalikan semangat muhibah dan ‘Malaysia Boleh’.

 

‘’Kami ingin memupuk semangat cinta akan negara dan menyeru rakyat memupuk semula tekad untuk menjayakan negara ini semula,’’ kata Elaine dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Kempen Malaysia Di Hatiku  disasarkan kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak mengira generasi, kaum atau agama, sama ada penduduk di bandar atau di kampung, melalui lagu dan kempen yang akan berjalan di atas platform media sosial TikTok.

 

Universal Music Malaysia dan Samsung hari ini, telah mengumunkan pelancaran lagu Malaysia Di Hatiku, menampilkan bakat artis tempatan hip-hop Yonny Boii, Tabby daripada ahli kumpulan pop wanita Dolla, dan artist muzik rap Kmy Kmo dan Luca Sikta.

 

Elain Soh Samsung
Ketua Pegawai Pemasaran Korporat Samsung Malaysia Electronics, Elaine Soh

 

 

Malaysia Di Hatiku boleh digambarkan sebagai lagu cinta akan negara. Selama kita hidup, kita akan sentiasa mencintai negara kita. Disebabkan ini, kita akan tetap taat kepada negara kita, walau susah dan senang mana sekalipun.

 

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, satu ciri manusia adalah kebolehan untuk bersatu, berkomunikasi dan berkait antara satu sama lain melalui muzik.

 

‘’Dengan apa yang telah dilalui pada tahun ini, sekarang adalah masanya untuk memupuk sikap positif antara satu sama lain. Kami rasa berbesar hati untuk menjalin kolaborasi bersama Samsung untuk menyokong selebriti tempatan dan memberikan inspirasi kepada rakyat,” katanya.

 

Lagu Malaysia Di Hatiku kini dimainkan di kesemua pelantar penstriman digital. Untuk menonton video muzik rasmi Malaysia Di Hatiku, sila layari: https://www.youtube.com/watch?v=s9hbCRcY920

 

Dari 20 Ogos sehingga 2 September 2021, Samsung juga melancarkan kempen #MalaysiaDiHatiku di atas platform media sosial TikTok. Untuk menyertai, peserta hanya perlu merakamkan diri mereka berduet dengan artis Yonnyboii atau Tabby. Atau jika mereka ingin duet yang lebih mencabar, peserta boleh cuba pertempuran rap dengan duo rapper Kmy Kmo dan Luca Sickta. Setelah selesai, peserta boleh muat naik video tersebut ke TikTok dengan memasukkan #MalaysiadiHatiku.

 

Tiga video yang paling kreatif akan berpeluang untuk memenangi sebanyak satu unit Samsung Galaxy A32 bagi setiap pemenang. Pemenang akan diumumkan pada hari terakhir kempen, iaitu pada Hari Malaysia, 16 September 2021. - DagangNews.com