Scania Malaysia lancar Promosi Super 7 tawar pelan ansuran fleksibel untuk pelanggan | DagangNews Skip to main content

Scania Malaysia lancar Promosi Super 7 tawar pelan ansuran fleksibel untuk pelanggan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Scania Malaysia hari ini melancarkan Promosi Super 7 sebagai pengeluar kenderaan komersial bertugas berat pertama negara yang menawarkan pakej gabungan pelan ansuran selama tujuh tahun dengan kontrak penyenggaraan bagi pembeliaan trak Scania. 

 

Dengan Super 7, pelan ansuran Scania, menyediakan pelanggan dengan 7 tahun penyelesaian pembiayaan dan insurans fleksibel yang disesuaikan untuk memberi pelanggan kos yang boleh diramal dan risiko boleh diurus. 

 

Sebagai sebuah syarikat global, Scania menerima keperluan perniagaan tempatan untuk memastikan penyelesaian yang dilanggan sesuai dengan setiap pelanggan yang mendaftar. 

 

Bagi bahagian penyenggaraan, Super 7 memberikan kos tetap kontrak selama 7 tahun yang membolehkan pelanggan merancang aspek lain kos operasi mereka dan tidak bimbang tentang sebarang peningkatan kos penyenggaraan dalam tempoh itu. 

 

Kos tetap meliputi penyenggaraan daripada juruteknik terlatih profesional, menggunakan bahagian/kit, alatan dan kaedah yang betul serta penjadualan optimum untuk kenderaan pelanggan berada di bengkel. 

 

Ini akan memastikan masa beroperasi maksimum untuk kenderaan pelanggan berada di jalan raya.

 

Pelanggan menikmati lebih banyak penjimatan apabila mereka menaik taraf daripada penyenggaraan inklusif dua atau lima tahun percuma sedia ada dengan mana-mana pembelian trak Scania baharu (bergantung kepada varian), kepada Super 7. 

 

 

scania

 

 

scania

 

 

Kos tetap diagihkan sama rata sepanjang tempoh tujuh tahun untuk memberi pelanggan kos yang boleh diramal dari hari pertama, seterusnya menghasilkan keuntungan dan penjimatan jangka panjang.

 

Menurut Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Heba El Tarifi, mereka bekerja rapat dengan pelanggan dan memahami perniagaan serta mendengar input pelanggan. 

 

 

scania

 

 

"Kami menggunakan ini untuk menyesuaikan tawaran penyelesaian kami untuk menangani keperluan perniagaan mereka dan membantu mereka mengembangkan perniagaan dan keuntungan mereka. 

 

 

scania

 

 

"Dengan pengenalan Super 7 kami membantu mereka mendapatkan keuntungan dan kemampanan jangka panjang mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Untuk mengunci keuntungan 7 tahun sekarang dengan pembelian mana-mana trak Scania mulai hari ini hingga 31 Disember 2022, hubungi talian 03-7845 1000, e-mel di [email protected], layari scania.com.my atau lawati Pusat Jualan dan Perkhidmatan Scania Malaysia berhampiran dan berbincang dengan Eksekutif Total Solutions Scania. Tertakluk kepada terma dan syarat. - DagangNews.com