KUALA LUMPUR 7 Sept - Scania Malaysia menyerahkan Scania New Truck Generation (NTG) P410 A6x2NA ADR yang pertama di Sarawak kepada Jospun Jaya Sdn Bhd (Jospun Jaya) di bengkel Scania di Bintulu.
NTG spesifikasi ADR ini disertakan dengan Kontrak Repair & Maintenance (R&M); Fleet Management System (FMS) Control 10; Scania Assistance 24/7 dan disokong oleh Scania Hire Purchase. Kunci trak diserahkan kepada Pengarah Jospun Jaya Sdn Bhd, Madang Jok.
Sebagai permulaan, latihan pengenalan kenderaan yang diberikan oleh jurulatih Scania semasa penghantaran membuatkan pemandu berdedikasi menjadi lebih pantas dan memastikan mereka membiasakan diri dengan kawalan yang memastikan masa beroperasi maksimum dari awal operasinya.
Madang berkata, keselamatan akan sentiasa menjadi keutamaan terhadap pelanggannya.
"Mendapatkan kontrak terbaru ini untuk mengangkut bahan berbahaya memerlukan trak yang akan memastikan operasi kami selamat dan menghasilkan penghantaran muatan yang selamat untuk pelanggan kami.
"Meskipun, pemandu kami yang berdedikasi dilatih secara mandatori oleh pelanggan kami, pihak kami gembira kerana Scania juga memberikan latihan khusus untuk membiasakan diri dalam mendapatkan yang terbaik daripada NTG ADR untuk pemandu kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Heba El Tarifi berkata, menjadi yang pertama melabur dalam Scania NTG ADR di Sarawak, menunjukkan langkah bijak pihak kepimpinan.
"Trak Scania ADR kami kini digunakan secara meluas di Malaysia dan trak Scania ADR Jospun Jaya kini akan menjadi penanda aras keperluan standard keselamatan untuk pengangkutan barangan berbahaya di Sarawak.
"Kami percaya, ini merangsangkan peluang Jospun Jaya dalam mencapai kejayaan jangka panjang dalam perniagaan mereka,” katanya.
Scania NTG P410A6X2NA dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan ADR.
Dilengkapi dengan Electronic Braking System (EBS) dan Anti-Lock Braking System (ABS) Scania yang berteknologi maju, NTG ini juga dilengkapi dengan Scania Retarder dalam memastikan keselamatan untuk penghantaran kargo cecair mudah terbakar (Flammable Liquid).
Pemandu yang ditetapkan dengan tiga sandaran adalah sangat terlatih dalam pensijilan ADR yang selari dengan ciri keselamatan yang ditawarkan oleh Scania NTG. - DagangNews.com