SCC intitusi kewangan pertama Malaysia peroleh SLL RM100 juta dari CIMB | DagangNews Skip to main content

SCC intitusi kewangan pertama Malaysia peroleh SLL RM100 juta dari CIMB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 19 Jan - Sabah Credit Corporation (SCC) berjaya menjadi intitusi kewangan pertama di Malaysia memperoleh pinjaman sustainability-linked (SLL) berjumlah RM100 Juta dalam bentuk kemudahan kredit pusingan daripada CIMB Bank Berhad (CIMB).

 

Menerusi SLL, SCC akan menggiatkan usaha menjadi pemangkin pembangunan sosio-ekonomi di Sabah dan memberikan komitmen dalam memberikan impak positif kepada masyarakat.

 

Penerbitan SLL dibuat berdasarkan dua petunjuk prestasi utama (KPI) yang berkain dengan kemampanan sosio ekonomi SCC di Sabah dengan perkaitan bersama sasaran prestasi mampan (SPT).

 

SPT berkenaan merangkumi, pemberian pinjaman atau pembiayaan kepada segmen B40 selain sumbangan SCC kepada komuniti setempat menerusi tanggungjawab sosial korporat Yayasan Perbadanan Pinjaman Sabah (YPPS) dan CIMB akan memberikan rebat terhadap faedah pinjaman sekiranya SCC berjaya mencapai SPT berkenaan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif SCC, George Taitim Tulas percaya, SLL itu akan menjadi sokongan kepada usaha mereka dalam membangunkan sosio-ekonomi Sabah dan akan memudahkan akses keapda pembiayaan kemudahan kepada rakyat negeri itu.

 

"Kami akan berusaha mengukuhkan usaha kami terhadap portfolio persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam perniagaan dan kami yakin ia akan membantu SCC dalam meneruskan usaha kami," katanya dalam satu kenyataan. 

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, pihaknya berbesar hati untuk menyokong agenda SCC dalam agenda sosio-ekonomi Sabah menerusi SLL.

 

"Kami sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan lebih ramai pelanggan menerusi penawaran produk sustainability-linked dalam usaha ekonomi yang lebih berdaya saing pada masa akan datang," katanya. - DagangNews.com