KUALA LUMPUR 4 Mac - Pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini mengumumkan outlet pengedar Ford utama di Ara Damansara telah memenangi anugerah Outlet Terbaik Keseluruhan di Konvensyen Kebangsaan Pengedar SDAC 2021.
Anugerah tersebut mengiktiraf komitment SDAC-Ford Ara Damansara dalam memberikan prestasi jualan dan khidmat selepas jualan yang terbaik walaupun terpaksa berhadapan dengan tahun yang mencabar akibat pandemik.
Selain memenangi anugerah Outlet SDAC-Ford Terbaik untuk tahun 2021, SDAC-Ford Ara Damansara turut menggondol lima lagi anugerah untuk kategori Pencapaian Sasaran Jualan Keseluruhan, Outlet Terbaik Keseluruhan untuk Jualan (Juara), Outlet Terbaik Keseluruhan untuk Khidmat Selepas Jualan (Tempat Ketiga), Kecemerlangan Sudut Pandangan Pelanggan (Kawasan Tengah) dan Pencapaian Sasaran Jualan Alat Ganti (Kawasan Tengah).
Pengarah Pentadbiran Pengedar SDAC Ara Damansara, Steven Kong berkata, pihaknya amat berbangga dipilih sebagai Outlet Terbaik Keseluruhan 2021 walaupun baru beroperasi selama dua tahun.
"Pengiktirafan ini membuktikan komitmen kami dalam memberikan prestasi yang terbaik di samping memastikan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang masa.
"Kami teguh berusaha ke arah kecemerlangan dan memberikan perkhidmatan unggul kepada kesemua pelanggan Ford kami,” katanya dalam satu kenyataan.
Konvensyen Kebangsaan Pengedar SDAC tahunan ini bertujuan untuk mengiktiraf para pengedar Ford di Malaysia yang mempamerkan prestasi cemerlang dalam pelbagai kategori termasuk jualan, khidmat selepas jualan, kecemerlangan operasi servis dan prestasi perniagaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai SDAC dan Ford, ikuti Facebook, Instagram, Twitter dan saluran YouTube Ford Malaysia atau layari www.sdac-ford.com.my. - DagangNews.com