Securemetric, Fido Alliance gesa perniagaan Malaysia guna pengesahan tanpa kata laluan sebagai langkah keselamatan siber | DagangNews Skip to main content

Securemetric, Fido Alliance gesa perniagaan Malaysia guna pengesahan tanpa kata laluan sebagai langkah keselamatan siber

Dari kiri: Executive Director and CEO of Fido Alliance, Andrew Shikiar; CEO of Securemetric Berhad, Edward Law and CTO of Securemetric Technology, Sea Chong Seak
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 10 Sept - Penyedia penyelesaian keselamatan digital, Securemetric Berhad dan Fido Alliance menggesa perniagaan Malaysia untuk menggunakan kaedah pengesahan tanpa kata laluan bagi meningkatkan langkah keselamatan siber dan melindungi data pengguna.

 

Seruan untuk bertindak ini dibuat semasa Sidang Kemuncak Fido APAC 2024 yang berlangsung hari ini di JW Marriott Kuala Lumpur.

 

Cybersecurity Malaysia melaporkan sebanyak 1,192% dalam kecurian data pada 2023, manakala pancingan data dikenal pasti sebagai kebimbangan keselamatan siber oleh 54% organisasi teratas Malaysia, menurut tinjauan IDC mengenai keadaan operasi keselamatan (SecOps).

 

Securemetric berkata, lonjakan itu dikaitkan dengan penggunaan kata laluan terdedah yang kekal sebagai sasaran utama bagi penjenayah siber  mengeksploitasi keselamatan siber yang lemah. 

 

“Pengesahan tanpa kata laluan masih di peringkat awal di Malaysia. 

 

"Walau bagaimanapun, kami melihat permulaan yang memberangsangkan dalam mengukuhkan ekosistem keselamatan siber negara melalui keputusan kerajaan dan beberapa syarikat menggunakan pengesahan tanpa kata laluan," ujar Securemetric dalam kenyataan hari ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Securemetric Berhad, Edward Law berkata, lebih banyak perniagaan dan organisasi perlu menggunakan kaedah pengesahan tanpa kata laluan bagi memajukannya. 

 

Menurut Fido Alliance, kata laluan bertanggungjawab atas lebih 80% pelanggaran data.

 

"Pengesahan tanpa kata laluan menawarkan keselamatan yang dipertingkatkan dengan menggunakan langkah lanjutan seperti pengesahan biometrik atau token perkakasan yang mengurangkan kemungkinan akses tanpa kebenaran.

 

Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif Fido Alliance berkata,bukan seperti kata laluan tradisional pengesahan tanpa kata laluan akan menjimat kos. 

 

"Ini melalui pengurangan penipuan dan pelanggaran data serta pengguna akan dilindungi daripada serangan sosial media yang didorong oleh kecerdasan buatan (AI)," ujar beliau.

 

Ketua Pegawai Teknologi, Securemetric Technology Sdn Bhd, Sea Chong Seak berkata, kunci laluan yang didayakan Fido menawarkan alternatif yang selamat dan pantas kepada kata laluan tradisional.

 

"Ia lebih selamat daripada kata laluan dan OTP SMS serta lebih mudah untuk pengguna," katanya. - DagangNews.com