Segmen pengeluaran Able Global di Mexico dijangka catat untung pada 2QFY24 - TA Securities | DagangNews Skip to main content

Segmen pengeluaran Able Global di Mexico dijangka catat untung pada 2QFY24 - TA Securities

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Jun - TA Securities menjangkakan segmen pengeluaran Able Global Bhd di Mexico Kembali pulih daripada kerugian pada 2QFY24 didorong pesanan berulang daripada pelanggan sedia ada selain peningkatan minat daripada pelanggan baharu.

 

Katanya,majoriti hasil kumpulan dijana secara tempatan dengan eksport tertumpu kepada pelanggan sedia ada di Amerika Syarikat (AS).

 

Firma penyelidikan itu berkata, Able Global sedang mengembangkan pangkalan pelanggannya ke Amerika Tengah dan Amerika Selatan, Pulau Caribbean dan Puerto Rico.

 

"Kami menjangkakan kadar penggunaan usaha niaga Able Dairies Mexico meningkat kepada antara 40% hingga 45% pada FY24, berbanding 20% ​​pada tahun lalu," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Sementara itu, TA Securities berkata, kumpulan itu sedang menunggu kelulusan akhir pihak berkuasa untuk memulakan pembangunan di Pulau Carey.

 

Katanya, sebaik sahaja kelulusan diberikan, mereka akan memulakan pembangunan segmen hartanah dan mengembangkan pengeluaran tenusu.

 

"Belanjawan kira-kira RM100 juta dijadualkan untuk pengembangan pengeluaran tenusu, termasuk penubuhan kilang baharu dan pemasangan peralatan baharu.

 

"Belanjawan diunjur berlaku menjelang akhir FY24 atau awal FY25," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM2.57 sesaham. - DagangNews.com