Selamatkan banyak rumah terbengkalai - REHDA | DagangNews Skip to main content

Selamatkan banyak rumah terbengkalai - REHDA

 

 

Oleh ZUNAIDAH ZAINON
[email protected]

 


KUALA LUMPUR 6 Nov. - Pengecualian duti setem melibatkan kontraktor penyelamat dan pembeli rumah terbengkalai yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 dapat membantu mereka yang terkesan dengan masalah ini. 

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA), Datuk Ir. Soam Heng Choon berkata, dalam masa sama ia menggalakkan lebih banyak kontraktor untuk tampil menyelesaikan masalah rumah terbengkalai. 

"Pastinya, ini dapat memberi ketenangan kepada pembeli rumah kerana mereka akhirnya dapat memiliki kediaman sendiri sendiri. 

"Dalam masa sama, kes rumah terbengkalai juga dapat diselamatkan," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Kerajaan menyediakan insentif itu yang dilanjutkan sehingga lima tahun. 

Pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025. 

Ia hanya diberikan kepada projek perumahan terbengkalai yang disahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Menurut Heng Choon, bagi Skim Rent-to-own pula, beliau berharapa ia dapat diperluaskan lagi berbanding tertumpu 5,000 unit rumah PR1MA sahaja. 

"Ini bagi membolehkan pembeli dalam pasaran terbuka turut meraih manfaat daripada skim berkenaan," katanya.  

Di bawah skim itu yang akan dilaksanakan sehingga 2022, ia melibatkan 5,000 buah rumah PR1MA dengan nilai keseluruhan lebih RM1 bilion untuk pembeli rumah pertama. - DagangNews.com