Selangor, Kuala Lumpur & Johor tawar jawatan kosong tertinggi | DagangNews Skip to main content

Selangor, Kuala Lumpur & Johor tawar jawatan kosong tertinggi

jawatan kosong

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 3 Jun - Sebanyak tiga negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Johor menawarkan peluang kerja atau kekosongan jawatan tertinggi bagi tempoh hingga 2 Jun 2021.

 

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui info pasaran buruh semasa di portal MYFutureJobs menyatakan, Selangor menawarkan kekosongan jawatan tertinggi sebanyak 59,069.

 

Kuala Lumpur dan Johor masing-masing menawarkan peluang pekerjaan sebanyak 40,585 dan 19,980.

 

Dalam info pasaran buruh sama, Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis menawarkan peluang pekerjaan paling rendah iaitu sebanyak 132 dan 45 berbanding negeri-negeri lain.

 

.

 

Hingga semalam, jumlah keseluruhan kekosongan jawatan aktif melalui portal berkenaan adalah sebanyak 196,514 jawatan.

 

Portal berkenaan turut memaklumkan seramai 690 individu kehilangan pekerjaan pada 2 Jun 2021 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kehilangan pekerjaan sebanyak 29,798 sejak 1 Junuari tahun ini.

 

Sementara itu, sebanyak 1,631 individu berjaya memperoleh penempatan pekerjaan melalui portal berkenaan semalam.

 

Jumlah tersebut secara tidak langsung menjadikan jumlah penempatan pekerjaan adalah sebanyak 103,561 sejak 1 Januari 2021. - DagangNews.com