Selangor terima lebih 4 juta dos vaksin bulan depan | DagangNews Skip to main content

Selangor terima lebih 4 juta dos vaksin bulan depan

Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR 29 Jun - Selangor bakal menerima bekalan dos vaksin COVID-19 yang tertinggi sebanyak 4,008,710 pada Julai berbanding negeri-negeri lain.

 

Jumlah berkenaan meliputi 874,610 dos pada minggu pertama dan 911,938 dos pada minggu kedua.

 

Menjelang minggu ketiga Julai, Selangor dijangka menerima 735,000 dos dan 1.4 juta dos pada minggu keempat.

 

Perkara itu dikongsikan Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud di laman Twitternya hari ini.

 

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan ketika beliau menghadiri mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), pagi tadi.

 

.

 

CITF merupakan pasukan petugas khas untuk menguruskan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) diketuai  Khairy Jamaluddin. 

 

"Selangor akan dapat 4,008,710 dos vaksin untuk Julai. Bekalan yang tertinggi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri (Khairy). I will be in your meeting Insya-Allah without fail (saya akan sentiasa hadir dalam  mesyuarat anda, Insya-Allah)," katanya dalam satu ciapan di laman Twitternya seperti dilapor Bernama.

 

Selain Selangor, negeri lain iaitu Sarawak, Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing bakal menerima sebanyak 2.3 juta dan 1.6 juta dos vaksin bagi bulan Julai 2021. - DagangNews.com