Sempena kempen vaksinasi, dapatkan promosi Chatime sehingga 15 Julai | DagangNews Skip to main content

Sempena kempen vaksinasi, dapatkan promosi Chatime sehingga 15 Julai

 

 

 

KUALA LUMPUR 24 Jun - Sempena dengan pelancaran inisiatif menggalakkan penyertaan vaksinasi oleh Chatime Malaysia, jenama minuman ini telah menganjurkan penghantaran berupa 700 minuman untuk barisan hadapan yang bertugas di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang. 

 

Inisiatif oleh  Chatime ini adalah sebagai tanda ucapan terima kasih kepada para barisan hadapan yang berkhidmat tanpa mengenal erti penat dan lelah dalam menangani wabak COVID-19. 

 

Malah, inisiatif ‘Lindungi Diri Dapatkan Chatime’ ini diharap dapat mendorong rakyat Malaysia untuk mendaftar dan mendapatkan vaksinasi COVID-19 melalui promosi Chatime beli-satu-percuma-satu. 

 

Mereka hanya perlu tunjukkan pendaftaran vaksinasi MySejahtera kepada kakitangan cawangan Chatime di seluruh negara dan secara automatik layak menebus minuman percuma dengan setiap minuman yang dibeli.

 

Pengarah Urusan Kumpulan, Chatime Malaysia, Aliza Ali berkata, dalam setiap perniagaan, terutama perniagaan langsung kepada pengguna seperti Chatime, tanggungjawab dan peranan mereka juga ialah menyokong, mempromosi dan memberi kesedaran positif dalam membantu Agenda Vaksinasi Nasional. 

 

"Oleh itu, kepada sesiapa yang sudah mendaftar vaksinasi di aplikasi MySejahtera akan mendapat minuman melalui beli-satu-percuma-satu," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Pengarah Eksekutif, Chatime Malaysia, Widayu Latiff pula berkata, ‘Chatime Communi-Tea’ telah diwujudkan sebagai salah satu fokus tanggungjawab sosial korporat yang diselaraskan di seluruh negara. 

 

"Inisiatif terbaharu ‘Lindungi Diri Dapatkan Chatime’ ini merangkumi objektif ‘Communi-Tea’ ini. 

 

"Kami gembira kerana sekurang-kurangnya kami mampu membuat para barisan hadapan tersenyum di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang " tambah beliau.

 

Kempen beli-satu-percuma-satu ‘Lindungi Diri Dapatkan Chatime’ sedang berlangsung sehingga 15 Julai 2021 di semua cawangan Chatime Malaysia seluruh negara, tertakluk kepada terma dan syarat. - DagangNews.com