Sentiasa ambil langkah proaktif jaga keselamatan semasa di khalayak ramai - Muhyiddin | DagangNews Skip to main content

Sentiasa ambil langkah proaktif jaga keselamatan semasa di khalayak ramai - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mengambil langkah proaktif dan bertanggungjawab secara individu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua terpelihara semasa berada di khalayak ramai termasuk di masjid dan di kawasan awam lain.

 

''Alhamdulillah, hari ini saya dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara bersama jemaah yang lain di bawah pematuhan SOP yang teratur dan ketat,'' kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Facebook rasmi beliau. 

 

Beliau mengajak semua supaya berdoa agar semua sentiasa dilindungi Allah SWT dari virus COVID-19 dan diberi kekuatan untuk menempuh ujian, cabaran dan rintangan daripada pandemik ini.

 

''Mudah-mudahan keadaan akan beransur pulih dan negara Malaysia yang kita cintai ini akan sentiasa aman, makmur dan bangkit menjadi lebih kuat dari sebelumnya, Insya-Allah.

 

''Oleh itu, usah berhenti berdoa mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT. Itulah sifat hamba-Nya yang tidak mempunyai sebarang kuasa melainkan atas kurniaan yang Maha Esa.

 

''Jika kita sentiasa berpandu kepada jalan Allah, Al-Quran dan Sunnah, saya yakin dan percaya hidup kita akan lebih tenang dan bermakna.

 

''Do not do what you feel is right. Do what Allah say is right. Do what is right. Kepada Allah SWT jualah kita berserah,'' kata Muhyiddin. - DagangNews.com

 

PM