Seramai 39,255 ketua isi rumah terlibat banjir terima BWI sehingga pukul 1 petang tadi | DagangNews Skip to main content

Seramai 39,255 ketua isi rumah terlibat banjir terima BWI sehingga pukul 1 petang tadi

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 6 Jan - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata seramai 39,255 bersamaan 79.5% ketua isi rumah yang terlibat dengan bencana banjir menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 sehingga pukul 1 petang tadi.

 

"Mereka yang masih belum mendaftar boleh segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pegawai Daerah untuk bantuan segera kerajaan Persekutuan," katanya menerusi satu ciapan di laman Twitter, hari ini.

 

Kerajaan sebelum ini mengumumkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia antaranya meliputi BWI  sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah berbanding RM500 sebelum ini.

 

Bayaran bantuan berkenaan disalurkan sejak 27 Dis tahun lepas, iaitu 10 hari selepas kejadian banjir agak luar biasa yang melanda beberapa negeri.

 

Semalam, Ismail Sabri akan memastikan semua pihak terlibat dengan pengagihan bantuan kepada mangsa banjir menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin bagi memastikan kelancaran.

 

Perkara itu turut dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet pertama pada 2022  demi memastikan semua bantuan yang diumumkan kerajaan sebelum ini sampai kepada penerima dengan segera.

 

pm

 

Perdana Menteri turut memberi peringatan kepada semua anggota Kabinet yang mereka mempunyai peranan masing-masing sewaktu negara berdepan krisis kesihatan, ekonomi dan bencana. - DagangNews.com