SHAH ALAM 11 Feb – Serba Dinamik Holdings Bhd akan membuat rayuan di atas keputusan Mahkamah Kuala Lumpur yang menolak permohonan injuksi syarikat terhadap Bursa Malaysia.
Dalam pernyataannya kepada Bursa Malaysia hari ini, Lembaga Pengarah Serba Dinamik memaklumkan butiran keputusan mahkamah yang menolak permohonan syarikat dengan memerintahkan syarikat menanggung kos, pada 10 Februari 2022.
Dalam rumusan keputusan, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin menyatakan bahawa:
- Arahan yang dikeluarkan oleh Bursa bertarikh 28.6.2021 dan 2.7.2021 supaya melantik Ernst & Young Consulting Sdn Bhd (“EYC”) sebagai auditor khas bagi melakukan 'Kajian Semula Khas Bebas' (SIR) mengikut perenggan 2.23 dan 2.24 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR) hendaklah dipertimbang di dalam keadaan yang membawa kepada arahan itu dikeluarkan oleh Bursa. Oleh itu, pelaksanaan kuasa oleh Bursa hendaklah dibaca secara konteks dan bukan kosong.
- Bursa membuat penghakiman komersial di dalam memutuskan bahawa maklumat terkandung di dalam Kemas Kini Dapatan Berdasarkan Fakta (FFU) adalah suatu bukti dan Bursa boleh mengarahkan syarikat untuk membuat pengumuman, tanpa mengira syarikat itu setuju atau tidak dengan maklumat itu.
- Bursa tidak perlu mematuhi perenggan 2.24 MMLR tetapi bagi syarikat sebagai penerbit tersenarai perlu mematuhi perenggan 2.24 MMLR. Walaupun mungkin ada isu tafsiran terma “auditor khasr”, tiada bukti bahawa Bursa mengarahkan syarikat untuk melantik EYC. Malah sebenarnya, pelantikan EYC dirasmikan oleh syarikat. Oleh itu isu pematuhan Bursa kepada perenggan 2.24 MMLR tidak timbul.
- Dalam ketiadaan mala fide dibuktikan pada Bursa, tanggapan ialah Bursa bertindak bona fide dalam melaksanakan tugasnya untuk melindingi kepentingan orang ramai mengikut seksyen 11 Aktara Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2005 semasa mengeluarkan arahan tersebut.
- Bursa tidak bertindak melampau kuasanya di dalam menggantung dagangan sekuriti Serba Dinamik. Perenggan 16.02 MMLR membolehkan penggantungan dagangan sekurities.
- Adalah menjadi hak Bursa untuk terus menggantungg dagangan sekuriti Serba Dinamik dan bukan untuk Mahkamah mengagak keputusan Bursa.
ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah Tinggi tolak permohonan Serba Dinamik
Serba Dinamik akan membuat pengumuman lanjut apabila ada perkembangan terbaharu mengenai perkara ini. – DagangNews.com