Serba Dinamik tolak dakwaan sengaja lengahkan laporan EY | DagangNews Skip to main content

Serba Dinamik tolak dakwaan sengaja lengahkan laporan EY

SHAH ALAM 9 Sept – Serba Dinamik Holdings Bhd menolak dakwaan kononnya syarikat itu sengaja melengah-lengahkan laporan Kajian Semula Khas Bebas (SIR) daripada firma Ernst & Young Consulting Sdn Bhd (EY).

 

Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Risiko Serba Dinamik, Johan Mohamed Ishak berkata, pihaknya sama-sama tidak sabar menanti hasil laporan SIR kerana mahu episod gelap dalam sejarah korporat syarikat itu berlalu segera.

 

Namun kata beliau, proses tersebut tidak terkecuali daripada kerumitan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan ER.

 

“Tiada siapa mengaut keuntungan daripada hanya telah berlarutan sejak pertengahan Mei lalu, Serba Dinamik telah menyaksikan 75% permodalan pasarannya lenyap dari RM6 bilion kepada RM1.55 bilion hari ini,’’ katanya kepada FocusM di sini hari ini.

 

Johan berkata, Serba Dinamik akan mengumumkan segera laporan SIR tersebut sebaik sahaja dimuktamadkan oleh EY.

 

``Tempoh masa dan penyerahan SIR tersebut terserah sepenuhnya di tangan EY dan firma itu akan mengemukakannya terus ke Bursa Malaysia.

 

“Di pihak Serba Dinamik, kami telah memberi kerjasama penuh kepada EY bagi melengkapkan SIR. Kami jangka SIR akan didedahkan kepada umum pada Suku Keempat 2021,’’ katanya.

 

 

Johan Mohamed Ishak
Johan Mohamed Ishak

 

 

Terdahulu, CEO Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti (MSWG) Devanesan Evanson mempersoalkan masa sudah dua bulan berlalu tetapi Serba Dinamik masih belum mengumumkan tarikh mendedahkan laporan SIR.

 

Melainkan laporan SIR itu diumumkan segera, Devanesan melahirkan kebimbangan tarikh akhir 31 Oktober bagi audit luaran ke atas akaun Serba Dinamik untuk tahun berakhir 30 Jun 2021, mungkin terpaksa dilanjutkan lagi, sekaligus menambah ketidaktentuan pada pemegang saham minoriti. – DagangNews.com