SELEPAS reformasi, saya terlibat secara langsung dengan parti yang membawa Islam hingga ke pentas untuk berucap dan menulis setiap minggu di akhbar dalam talian kepunyaannya.
Sebab ada dua orang pemimpin yang saya kagumi, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan Ustaz Fadzil Nor. Saya sempat bertemu kedua-duanya semasa kemuncak reformasi dan Tok Guru sewaktu di Dubai.
Tetapi saya tidak menjadi ahli.
Saya langsung tidak memerlukan dana dan wang ringgit hanya bekerja ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa. Tidak mengapa rezeki dari Tuhan.
Kemudian saya ada terlibat untuk membawa masuk parti ini ke dalam kerajaan sewaktu Tok Guru masih hidup dan saya terus tidak lagi bersama. Bagi saya, itu kerja politik yang saya tidak faham.
Masa lalu biarlah sekadar permainan yang saya sendiri tidak faham perjalanan politik.
Dengan politikus yang terus bertingkah hingga saat ini, saya hanya jadi pemerhati yang bisu apalagi saya telah menjadi OKU, rasanya kebanyakan politikus tidak memandang OKU kerana kuasa dan pengaruh.
Begitu pun pilihan raya ketiga yakni Johor tidak lama lagi dan saya melihat keributan di antara tiga parti yang menonjolkan perselisihan.
Presiden parti serban dan jubah telah mengancam untuk menyerang balik parti songkok jika mencetuskan lebih banyak pilihan raya negeri selepas PRN Johor.
Saya bertanya kenapa tunggu dan tidak melakukannya sekarang? Apa yang ditakutkan kerana nasib memihak kepada yang berani berjuang demi ketuanan.
Sekarang adalah masa yang sesuai untuk protes kerana mungkin tidak akan ada lagi pilihan raya DUN sehingga PRU15 tiba.
Jika ada apa-apa bahan pada apa yang beliau katakan, kita semua boleh menganggap parti serban dan jubah berada dalam kedudukan memerintah untuk segera meletakkan apa yang dipanggil kluster mahkamah dalam parti songkok menjadi dilupakan.
Bukankah begitu kalau difikirkan.
Fikirkan apa yang akan dilakukannya untuk keyakinan parti serban dan jubah dan sekutunya.
Dengan PRN Johor dijangka berlangsung selewat-lewatnya Mac, parti serban dan jubah boleh menguburkan parti songkok di Johor sekali dan untuk selama-lamanya dengan menyerang kembali sekarang. Tidak kemudian dan bertangguh.
Parti serban dan jubah boleh menjatuhkan parti songkok yang dianggap angkuh dan perkasa dengan kekuatan keahlian seramai satu juta orang, seramai 800,000 aktif, dengan 197 kawasan daripada 222 parlimen.
Tetapi yang lebih penting parti serban dan jubah akan dapat menunjukkan di mana semua yang lain gagal. Parti serban dan jubah telah berjaya membawa raksasa parti songkok ke arah yang sebetulnya.
Juga untuk kluster mahkamah yang telah didakwa dengan rasuah dan telah disabitkan oleh mahkamah bahawa tiada jalan keluar untuk bebaskan diri.
Namun parti songkok tidak melihat parti serban dan jubah sebagai ancaman yang menakutkan. Malah parti yang hipokrasi dengan bertalam dua muka apabila berkasih dengan orang ketiga, malah dianggap pelacaur oleh pemimpin parti songkok.
Apa lagi mahu ditunggu, perjuangan untuk ketuanan dan penguasaan politik boleh berakhir dengan gembira untuk semua orang jika parti serban dan jubah bertindak sekarang.
Tidak kemudian dengan melancarkan protes balas terhadap parti songkok kerana dikatakan bahawa bentuk pertahanan terbaik adalah dengan menyerang terus-terusan.
Jika parti serban dan jubah mempunyai senjata rahsia untuk menjatuhkan maka adalah masa yang sesuai untuk membuktikannya sebagai hero.
Tiada amaran dan ancaman diperlukan. Tiada suku diminta atau diberi semuanya telah lupus.
Begitu penubuhan negara Islam adalah ijtihad dengan pelbagai definisi negara Islam yang diberikan oleh ulama muktabar. Boleh dikatakan negara Islam adalah sebuah negara yang terlaksana undang-undang Islam dan yang tidak melaksanakan negara itu adalah negara kufur.
Sedangkan Arab Saudi menuju negara lebih liberal maka hampir tidak ada negara Islam dalam dunia pada hari ini.
Definisi lain negara Islam merupakan negara yang diperintah oleh orang Islam walau hanya majoriti.
Banyak negara boleh menjadi negara Islam walaupun kadar rasuah tinggi dan semakin menjadi budaya dan tidak dipersoalkan. Perjuangan gerakan Islam sudah tidak relevan dan berfungsi untuk dipertahankan.
Tetapi keperluan melaksanakan undang-undang Islam dengan merujuk kepada definisi yang terdahulu. Parti jubah dan songkok sudah menjadi tidak relevan sebab parti itu berada dalam kerajaan yang memerintah.
Rasanya tidak ada usaha untuk melaksanakan undang-undang Islam dari parti serban dan jubah dengan tidak mahu memperjuangkan undang-undang Islam. Sudah menjadi liberal dalam definisi yang dikemukakan dengan sendiri.
Parti serban dan jubah telah menjadi golongan liberal dan mula membuang serban dan jubah dengan memakai tali leher dan berbush jacket. Tidak langsung mendengar memperjuangkan ketelusan, akaunbiliti dan kredibiliti dalam pentadbiran dan pengurusan.
Apalagi untuk menyelamatkan alam sekitar biarpun tuntutan agama, tidak berusaha untuk menentang rasuah yang salah satu dosa-dosa besar, untuk OKU yang ingin berdikari dan nasib banduan yang terus diketepikan oleh orang awam.
Rasanya tiada relevannya parti serban dan jubah dalam tahun 2022 dimana keadaan dunia semakin berubah, mungkin sedang menunggu Dajjal.
MOHD FUDZAIL MOHD NOR adalah kolumnis DagangNews.com tetapi pandangan beliau di atas adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Editorial portal ini.