Shell Helix Profesional baharu tawar kualiti premium | DagangNews Skip to main content

Shell Helix Profesional baharu tawar kualiti premium

Shell Helix Profesional baharu

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Jenama minyak enjin kenderaan paling digemari di Malaysia, Shell Helix melancarkan rangkaian terbaharu Shell Helix Profesional yang dijamin dengan kualiti premium.

Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew berkata, Shell Helix Profesional baharu membolehkan pusat servis rasmi pengeluar kenderaan dan bengkel pakar memberi nilai tambah menerusi pakej servis khas untuk pelanggan masing-masing.

"Dengan adanya rangkaian Shell Helix Profesional baharu, pernigaan kini menawarkan pilihan minyak enjin tulen yang berkualiti premium dengan prestasi yang terbukti daripada satu jenama dipercayai melalui pakej-pakej servis nilai istimewa.

"Ini ialah satu lagi penyelesaian inovatif dari Shell selaku pembekal utama minyak pelincir di dunia sejak 13 tahun berturut-turut serta pembekal terbesar produk akhir minyak enjin kepada pengeluar kenderaan," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Rangkaian Shell Helix Profesional baharu merangkumi Shell Helix Ultra Profesional ABB 5W-40 dan Shell Helix HX7 Professional SN 5W-30.

Direka untuk enjin petrol dan diesel berprestasi tinggi, minyak pelincir sintetik penuh Shell Helix Ultra Profesional ABB 5W-40 dirumus dengan Teknologi Shell PurePlus proprietari dan mengandungi 99.5% minyak asas tulen yang dihasilkan daripada sumber gas asli.

Shell Helix Ultra Profesional ABB 5W-40 dan Shell Helix HX7 Professional SN 5W-30 juga menawarkan ciri unik Teknologi Active Cleansing Shell untuk mengekalkan kebersihan enjin dengan kemampuan menghalang degradasi fizikal dan kimia dengan mencegah pembentukan enapan yang menjejaskan prestasi enjin. 

Jelas beliau lagi, ia turut memberi perlindungan kehausan dan kakisan walaupun semasa beroperasi pada tahap maksimum.

Hasilnya, kedua-dua minyak enjin tersebut dapat menambah baik kecekapan bahan api serta perlindungan kehausan dan enapan skali gus membantu mengurangkan kos penyelenggaraan.

"Baru-baru ini, BMW Malaysia menjadi pengeluar kereta premium pertama (OEM) memilih Shell Helix Profesional untuk barisan kereta berprestasi mereka. 

"Program servis minyak enjin terbaharunya kini menawarkan Shell Helix Ultra Professional ABB 5W-40 untuk memastikan pengalaman premium kepada para pemilik BMW tempatan," ujarnya. - DagangNews.com