Shopee lancar jualan mega 3.15 Hari Pelanggan hingga 15 Mac | DagangNews Skip to main content

Shopee lancar jualan mega 3.15 Hari Pelanggan hingga 15 Mac

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 3 Mac - Shopee melancarkan jualan mega pertama tahun ini yang dikenali sebagai 3.15 Hari Pelanggan, kini berlangsung hingga 15 Mac yang akan membawa keseronokan perayaan akhir tahun kepada pengguna. 

 

3.15 Hari Pelanggan menampilkan pelbagai jenis produk yang ditambah baik dengan tawaran diskaun 95%, penghantaran percuma tanpa pembelanjaan minimum serta peluang untuk Putar & Menang Nissan Almera.

 

Shopee turut menyambut Datuk Pandelela Rinong dan Datuk Abdul Latif Romly sebagai duta jenama 3.15 di Malaysia. 

 

Kedua-dua atlet tersebut mempunyai rekod prestasi yang luar biasa dalam mengatasi cabaran sukar dan mendedikasikan hidup mereka ke arah meletakkan Malaysia di peta dunia. 

 

Pandelela telah memenangi dua pingat Olimpik dan lima pingat kejohanan dunia, manakala Latif memenangi dua pingat emas dalam Sukan Paralimpik serta memegang rekod dunia untuk lompat jauh T20 hingga kini.

 

Ketua Kempen Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, mereka mahu meraikan semua pengguna pada jualan mega 3.15 Hari Pelanggan.

 

“Di Shopee, kami sentiasa meletakkan para pengguna sebagai keutamaan dalam apa yang kami lakukan, jadi kami mencipta inisiatif dan kempen baharu secara konsisten seperti 3.15 Hari Pelanggan bagi memenuhi keperluan mereka dengan lebih baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Shopee juga akan melancarkan pengaktifan #ShopeeCelebratesYou untuk membawa lebih banyak keceriaan kepada para pengguna sepanjang tempoh 3.15.

 

Berlangsung setiap hari di Shopee Live mulai hari ini hingga 15 Mac, para pengguna juga boleh bermain permainan yang amat menarik, iaitu Sampul Misteri.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Shopee 3.15 Hari Pelanggan, layari https://shopee.com.my/m/3-3. - DagangNews.com